December 31, 2014

Job Interview and the Aftermath






so today,  i went to port klang for a job interview and the job title was m&e coodinator. 

yes, this is not a typo

M&E COORDINATOR

THAT'S WHAT I WROTE!


boleh bayangkan tak orang yang dah 6 tahun  tinggalkan m&e macam mana?
basic mechanical spm sahaja yang aku ada. Diploma pulak aku ambik civil engineering.
Experience pun civil jugak. So bila aku dapat tahu pasal interview ni aku mestilah nervous!

The only things i know about this company were the address and telephone number.
So aku nekad nak cari balik ads tu! tapi dah tak jumpa. mungkin dia dah delete . 
sebab aku tak sempat nak buat research apa apa pasal company ni . Malam tadi aku nekad nak study balik basic m&e . Aku terus contact cousin aku si fadhilah tanya apa yang patut . It was a long phone call ! Eventhough dia dah terang banyak tapi satu apa pun tak lekat dalam kepala aku ni. NERVOUS BREAKDOWN!  aku sampai fikir kalau aku tak ada experience dalam m&e buat apa aku nak susahkan diri pergi interview kan?  Lama aku fikir.. termenung sorang sorang pandang langit sambil kira bintang.
selang seli kira bintang dengan buat keputusan . Nak tak nak?




tiba tiba ada satu suara dalam hati aku bisik suruh buka street view untuk tengok keadaan tempat kerja tu sebagai salah satu cara persiapan emosi untuk menghadapi interview esok paginya (harini) . Aku bukak dannnn seperti mana aku mention pada entry lepas. it's looks kinda horror. old building, macam yakin tak yakin je. Biar betul m&e coordinator ni? entah entah dia supply barangan elektrik je ni? pastu aku kena buat urusan dengan pembeli. Aku buat conclusion sendiri. Pandai pandai je aku kan? yelah bangunan lama, mesti kau akan expect bukan bukan punya. Namun ada suara lainnya yang suruh aku cuba je, jangan buat assumption yang bukan bukan.Niat dalam hati nak cari kerja baru nak tambah pengalaman je. 


so pagi tadi aku pun pergilah interview tu bertemankan dia. Dia cakap, alah takpe try je. Sanggup dia ambik cuti semata mata nak teman aku. ni sayang lebih ni. eh eh?


okay berbalik kepada interview tadi..

ada 3 candidate dan aku yang terakhir

1st candidate = 30 minutes 
2nd candidate = 1 hour
3rd candidate (me) = 10 minutes


tak tahu nak classify bad sign or a good sign . Minggu depan penentu segala galanya. Aku interview dengan the director and the owner itself. Company  ni bukan macam syarikat m&e yang lain. dia sejenis company yang buat turnkey. Berdasarkan first impression yang boss ni tunjukkan pada aku,dia memang berpengalaman. Dia bukan jenis boss yang cuma tahu arah itu ini. Dia tahu semua kerja. sebab turnkey punya company tak pakai subcon. Everything were set up by them.Daripada apa yang aku dengar company ni ambik banyak bumiputra bekerja.Dia senyum bila tengok gaji yang aku letak dekat resume. 

Dia kata sikit. sangat sikit. tugas aku banyak. Dia kata kalau aku berjaya dia mintak 1 bulan tempoh percubaan tanpa komitmen. Dia nak tengok performance macam mana. Kalau okay baru sign contract. 
and i aggreed with terms and conditions.




lepas tu dia terus bagi name card. Syarikat ni banyak benefit. kalau aku dapat aku takkan lepaskan peluang ni. cuma peluang tu taklah cerah mana. Mana tahu ada individu lagi layak dari aku kan?Lepas habis je interview aku terus pergi port lepak kami berdua. Mana lagi kalau bukan cc. Dia main game aku pulak terus bukak blog. Esok dah new year apa resolution anda? ada apa wish atau benda yang belum tercapai lagi tak? Tahun depan aku dah 24 . Dah sampai masa aku lebih fokus bina kerjaya. kan?


P/s : kalau aku tak dapat pun kerja ni aku redha sebabnya ada pengajaran lain aku dapat berdasarkan interview session harini. Never jump into a conclusion before you attend any job interview . Kalau aku ikut kata hati yang risau semalam dan tak pergi interview harini mesti aku menyesal. Lesson learned! Selamat tinggal 2014!!!! :D





Post a Comment