December 26, 2014

Kisah hidup seorang penganggur

hai korang..

lama rasanya tak update perkembangan diri sendiri.

aku disini baik baik sahaja cuma sekarang tengah count down sebelum status bertukar...
kalau khawin yang korang fikir itu adalah salah sama sekali! Status disini adalah status pekerjaan.
Setelah hampir 2 tahun berkhidmat dengan syarikat ehem ehem sdn bhd. (Nama dirahsiakan)
aku akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi sign contract dengan syarikat tersebut atas sebab sebab tertentu. so sekarang aku tengah gigih mencari kerja baru. Rasa macam baru semalam je aku masuk kerja dekat company ni . Banyak kenangan pahit manis sepanjang bekerja disini. Terima kasih diucapkan kepada mereka mereka yang sentiasa bersama dengan aku waktu susah senang. Tak perlu mention kot, anda tahu siapa diri anda .

amboi nampak scripted sangat ayat !

 sebenarnya  banyak sangat running thought dalam kepala ni.
eh betul ke tak lama lagi aku jadi penganggur ni? oh my god! oh my god ! oh my god!
matilah i macam mana nak bayar itu ini?takkan nak mintak duit mama abah lagi?????!!!


Jawapannya tidak. inshaallah, aku percaya pada takdir ALLAH.


project ni pun sepatutnya dah habis bulan APRIL lepas tapi sebab ada extension of time so drag sampai hujung tahun. Aku rasa macam nak bertukar bidang, cuma hati tu rasa takut, nervous tak kena tempat.

NAK APPLY KERJA JE PUN!! YANG KAU NAK NERVOUS NERVOUS SANGAT NI APAHAL?? BUKAN ADA ANAK RAJA NAK MASUK MEMINANG KAU PUN!


BUKANNYA INTERVIEWER TU PSIKO KAU LEBIH LEBIH. PALING TERUK PUN DIA PSIKO BAB GAJI JE MACAMLAH TAK BIASA!





itulah jeritan bergema dalam sanubari aku sekarang ni. Berdebar debar bukan main lagi.
rasa nak je baca surah al insyirah kasi slow balik rentak jantung ni.


aku ada survey market kerja  sejak dua menjak ni. dan market kerja untuk bidang aku belum memberangsangkan. dengan taraf hidup sekarang aku memang tak boleh nak ambik job tu melainkan  rumah mak aku sebelah dengan office tu atau berdekatan dengan  kawasan kerja dipohon. Kos hidup sekarang..

korang pun tahu macam mana kan?


so bulan 1 ni bermulalah kisah hidup seorang penganggur . wish me luck korang.

banyak benda aku nak cerita sebenarnya tapi lain kali jelah aku sambung.



till the next entry









1 comment:

ajarahim said...
This comment has been removed by the author.