December 30, 2014

Movie Review : Night At The Museum 3

How dashing this lancelot could be? 

Sinopsis

Permulaan plot adalah scene dimana Muzium tempat larry bekerja mengadakan 
pertunjukan khas (yang disangka menggunakan special effect namun hal sebenarnya ialah menggunakan patung patung hidup itu sendiri). Persembahan itu adalah  untuk celebrity dan orang kenamaan. 
sebelum persembahan bermula, larry disapa patung hidup bernama ahkmenrah (patung egyptian lama) . Ahkmenrah menunjukkan kepada larry hakisan yang terdapat pada tabletnya. Namun larry optmis, dia berjanji untuk mengatasi masalah itu selepas pertunjukkan itu berlangsung. Permulaan pertunjukkan berjaya memukau penonton namun ianya tidak bertahan lama apabila semua patung hidup tersebut bertindak ganas . kesannya, pengurus muzium tersebut telah dipecat. Larry yang kesal atas peristiwa itu cuba menyelidiki apa yang telah berlaku.Dia akhirnya mengetahui bahawa segala yang berlaku berpunca dari tablet itu.

Larry menemui ahkmenrah untuk mengetahui rahsia tablet tersebut namun, ahkmenrah tidak mengetahui sejarah tablet itu kerana ianya adalah pemberian bapanya. Hanya bapa ahkmenrah mengetahui rahsia tablet tersebut. Larry nekad untuk membawa ahkmenrah berjumpa dengan bapanya yang berada di british muzium yang terletak di londok, uk. Dengan  pertolongan bekas pengurusnya, dia berjaya membawa ahkmenrah ke london.Namun banyak rintangan yang perlu di tempuhi beliau antaranya berdepan dengan penjaga muzium wanita. Hasil kerjasama larry dan anaknya nick, beliau berjaya menyeludup masuk ke muzium itu. 
Disana dia menempuhi cabaran yang lain pula, kerana menyeludup tablet di waktu malam ke dalam muzium akan menghidupkan semua patung yang berada disitu. Sebelum sampai ke "egypt" mereka terpaksa menempuhi pelbagai cabaran termasuk kehilangan 2 orang kerdil ketika dikejar artifak dinasour hidup, diserang semangat ular misteri dan dikhianati "sir lancelot" yang pada mulanya kelihatan berpihak pada mereka.Tablet semakin terhakis, tanpa tablet seluruh kehidupan patung bernyawa itu akan berhenti jika kuasa tablet itu tidak dipulihkan dengan cahaya bulan terang
. Lancelot yang nekad ingin mendapatkan tablet itu mengancam untuk membunuh nick (anak larry) jika tablet itu tidak diberikan kepadanya. Larry cuba memujuk lancelot namun tidak berhasil.Lancelot kemudiannya melarikan tablet dengan bersama kudanya.  Dapatkan  larry mendapatkan kembali tablet tersebut ? 
apakah yang akan terjadi pada ahkmenrah jika tablet itu tidak berjaya dicas semula? Mampukah mereka pulang sebelum matahari terbit?


saksikan  sendiri


Movie rated : 4 1/2 star ( there's room for improvement)
Genre : comedy and fantasy

sesuai tak untuk kanak kanak? = sangat sangat sesuai! tak ada aksi lucah atau ganas ekstrem

pendapat peribadi : filem ni sesuai untuk tontonan umum,best tapi ia perlukan lebih action, perlu lebih panjang. Totally worth it! 


watak favourite? = the cavemen  and guard perempuan tu. 

scene tak banyak untuk 2 watak ni but they nailed it!

sangat sangat kelakar. There's reasons why i'm not revealing so much about this movie.
There's a lot more to tell but i believe  you need to watch those part without knowing how the scene goes before you watch it yourself in the cinema. kan?







Post a Comment

FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...