October 28, 2015

azam baru,hati besi ke hati tisu. kau betul ke tak betul ni?




hai korang


sorry lama aku tak dapat nak blogwalking. bukan sombong tetapi sebab busy. yer ? busy tuan tuan dan puan puan. sejak aku tukar bidang ni masa tak sebanyak dulu. aku perhatikan sejak aku kerja kedai cupcake ni hati aku pun menjadi semakin tisu. kalau dulu masa kerja dekat site. kena tengking 44 kali pun muka relaks je,. maybe sebab environment dan atmostphere manusia kat situ semua macam syaitonnirajim garangnya buat aku lali. 


kerja kedai cupcake hari hari main butter, main benda lembut lembut. cakap dengan customer lembut sampai hati aku pun jadi lembut sekali. sampai benda kecik pun boleh nangis. 


aku pun tak paham dengan diri sendiri sebenarnya. piping bag habis mintak jelah yang susah susah menangis tu kenapa ? lepastu ada lipas berjalan outlet pun boleh buat aku nangis.tepung habis menangis... staff tak datang pun menangis. 



apa dah jadi dengan kau ni una? T_T


aku rasa cam nak try kukuhkan balik hati ni jangan jadi lembik sangat. siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan virus sawan tangis ni? siapakah!


untuk pengetahuan korang aku adalah seorang manusia ceria yang paling susah nak nangis .
ego tinggi tahap langit ke tujuh.SEBELUM INI la..


sekarang aku rasa LEBIH PEREMPUAN sikit.


sikit je la tapi.


lepasni aku nak latih diri jangan menangis dah. 



harap harap azam baru aku kali berjaya.



p/s: aku jugak berazam nak kurangkan shopping dan makan benda benda mahal lepas ni. berjaya atau tak? itu yang kita tak tahu tu! XD
Post a Comment

FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...