January 27, 2012

hargai sesuatu ?



kadangkala bila kita  mudah mendapatkan apa yang kita inginkan
kita kurang menghargainya.  semua benda boleh pakai buang saja.
lagi lagi apabila benda yang kita dapat adalah pemberian dari ibu bapa dan orang lain.korang pernah rasa macam tu tak?mesti pernah kan?

bila usia semakin meningkat , tanggungjawab menjaga diri sendiri bukan lagi oleh ibu bapa tetapi dipikul sendiri pasti terasa perubahannya.
duit poket dah kena kawal keluar masuknya ,setiap barang yang dibeli pasti dijaga sebaik-baiknya, indahkan perasaan tu?

tahun ni tahun 2012  umur una dah nak masuk 21 tahun,atau kata anak-anak muda remaja kunci kebebasan  , bila tamat je beberapa bulan lagi, una akan kerja sementara waktu menunggu  degree , perlu jaga diri sendiri. perlu jaga makan pakai sendiri, perlu hulur-hulur sikit pada parents, opah atuk, simpanan sendiri.
hakikatnya belum habis lagi belajar pun una dah duk terpikir pikir  dan berjaga-jaga.
sekarang una dah start menyimpan sikit-sikit sebagai simpanan kecemasan.
kalau boleh taknak usik, nanti kalau susah  takpayah la korek tabung adik, atau menelefon mama dengan kekerapan yang tinggi  ataupun jua meminta belas kasihan opah.
kita hidup ni kena pandai bawak diri
jangan ikut kawan. kawan beli i phone  kita nak beli,
kawan beli kereta baru kita nak beli kereta baru.


'kalau hidup ni sentiasa nak berlawan dengan orang memang sampai bila-bila pun kita tak dapat nak berhenti berlawan dan berlawan'

una hargai apa yang una ada sekarang, alhamdulillah semuanya cukup. pengalaman mendewasakan .
bila kita beli sesuatu benda untuk 'reward' diri sendiri tak apa tapi jangan show off dengan kawan . salah tu =)


kadang-kadang pelik dengan sesetengah golongan  'biar papa asal bergaya'
bagi una lebih baik 'kaya tapi biasa-biasa'
tak gitu?
tak ada siapa yang taknak kaya kan?
una pun nak kaya , tapi biar kena caranya =)

p/s : biar miskin harta jangan miskin hati =)

Post a Comment

FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...