Skip to main content

perangai tahun baru 2012.

hai ,nak pengsan sekejap memikirkan bahawa minggu ini una telah dengan jayanya membeli 4 helai baju. cis habis duit.
tapi tak mengapalah sebab baju dibeli untuk dipakai. bila mengenangkan diri yang agak tak terurus maka rasa serba salah pula bila nak berkira dengan diri sendiri.
una mengakui bahawa duit una selama ni mengalir laju terhadap makanan. tiada satu pun benda yang dibeli untuk meningkatkan keyakinan diri yang selama ni bergerak selari dengan peningkatan berat badan .

oh bila stok baju daku akan sebanyak gini? ingin! ingin!

penjahanam duit yang berjaya minggu ini

so ditahun baru 2012 ini, una telah mendapati diri una telah tertransform tanpa paksaan . perubahan horman mungkin.
pada 1januari 2012 una dengan sukarela menyambar 2 helai t shirt giordano demi kegembiraan diri. meskipun telah bergaduh sikit dgn boyfriend. sikit je la. si dia suruh  una beli satu baju tu memang cantik. tapi masa tu una nak t shirt biasa bukan t shirt ladies jadi una pekakkan telinga , ambil terus bayar.


terpinga-pingalah jiwa raga yang berada disitu. bukan main senang una pilih baju  ibarat beli kuih karipap. pilih-pilih bayar.tak fikir langsung saiz dia besar ke kecik. almaklumlah una ni 'comel sangat saiz dia' syukurlah try2 muat. mujurlah muat kalau tak muat tak ke balik tu terus karoke lagu sesal tak sudah?


dan semalam 6 januari una keluar lagi. tengok wayang jap,pastu ter lalu kat satu tempat ada sale(dalam mall jugak ).angkat kening berkali2 sambil tengok murah pulak! baju cantik. hati dah syakwasangka dah ingatkan bundle! oh rupanya bukan.baru lagi.. bau kedai lagi. so ambik 2pasang lagi. so  tahun baru ni 4 pasang. yelah una bukan orang kaya macam awak, yang dah kaya mesti tak heran bila baca ni. una ni student lagi,so duit agak terhad bila terhad buat perangai macam ni memang saja nak cari mati. 

p/s : lepas ni una harap dapat berjimat amin.  



1 comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…