March 27, 2015

i am turning 24 and birthday wishlist!





 hai korang ...

 27 march 2015 i am finally 24 years old! 
gila tua aku rasa .. pada awal penubuhan blog ni  aku cuma berumur 19 tahun. woohooo!
diam tak diam 5 tahun dah blog ni. macam macam aku dah tulis . pasal diri sendiri, yang tak ada kena mengena dengan diri sendiri. post merepek . ucapan dan sebagainya. Menginjak usia 24 tahun ni aku dah senaraikan beberapa wishlist yang ada sesetengah dah dalam progress pun. 

1) Travel dengan kerap.
    Sebelum ni aku travel je tapi tak abadikan sangat dalam blog. cuma sesi travel tahun lepas je aku sempat tulis.Family aku jenis suka je travel tapi bila dah besar ni payah sikit nak tunggu semua orang free . adik aku tengah degree sorang kat matrik , sorang sekolah lagi. kalau kami free kadang kadang parents yang tak free. Hahaha mungkin aku akan travel dengan cousin kot untuk memenuhi wishlist aku tahun ni. Sebelum khawin jadilah nak buat aktiviti macam ni. there is no need for bachellorette party ;D 

2)Beli laptop Baru
  aku target nak macbook. Susah sebenarnya jadi dewasa ni . kena berdikari.
  kalau laptop lama ihsan duit parents so laptop kali ni beli pakai duit sendiri. 
  Pakai duit sendiri inshallah akan lebih menghargai betul tak?. Aku aim macbook pro baru tu tapi aku belum tengok features dia macam mana. Apa yang mata aku nampak warna dia sangat gorgeous! Hahahaha. 


3)Lebih sihat dan kurangkan sakit 
 benda ni memang tak boleh plan. sakit ni bukan kerja kau nak tentukan tapi aku pun tahu kenapa immune aku merosot . instead of target nak slim melampau, aku cuma nak letak target lebih sihat tahun ni. Inshaallah . 

4)Focus more on me 
  aku habiskan hidup aku mendengar apa je komen negatif orang pasal aku. 
  jadi daripada dengar cakap orang baik dengar kata hati sendiri. Aku akan cuba appreciate apa yang tuhan bagi kat aku ni dan takkan compare diri sendiri dengan orang lain. Bak kata pepatah " You do You"


5)Simpan lebih banyak memori indah 
  hidup ni memang seronok kalau dikelilingi positif vibes tapi untuk mendapatkan positif vibe kita sendiri kena jadi positif.Dengan lebih positif semua saat pun boleh jadi manis. yakni saat kau bancuh teh atau pun tengah baring berguling atas padang. it's okay to be sad sometime. kita ni bukan robot nak gembira 24 jam . tapi daripada  bersedih berbulan bulan macam baru kematian suami lebih baik kita try move on. alah kadang kadang kita bersedih pun pasal hal kecik. contoh test tak dapat A, pasal jenab kutuk kita gemuk (ini aku selalu rasa),pasal berat badan kita naik, atau pasal crush ko minat kat kawan baik kau. ala chill la , apa kata korang try buat benda benda baru yang menggembirakan hati.


semua benda ni ada yang aku dah try buat pun. alhamdulillah hidup lebih ceria walaupun tak sekaya bill gates. aku rasa 2015 akan jadi tahun yang menyaksikan diri aku yang lebih positif . inshaallah. kalau tersasar berduka kejap tu biasalah tu. Oh ya sejak 2 menjak ni aku rajin buat video, bubuh lagu yang ceria ceria sikit . tapi aku tak post dekat media social ada sesetengah je aku post. dengan harapan bila aku tua nanti adalah bahan nak bercerita kat anak anak ehemm. Lagipun video boleh realistik..



Kalau korang nak cuba buat sendiri. boleh download imovie dekat apple store. 
tutorial ada kat blog ni carilah . tak jauh pun ke belakang.. nanti jumpa buat k :) 

tak sabar nak travel lagi! :D

Post a Comment