April 23, 2015

my life as an art enthusiast




aku adalah peminat seni unvisersal. aku amat menghargai benda benda yang " indah" benda yang mampu "usik' hati aku tanpa mengira negara . tak kisah la dari negara mana. aku tak kisah apa bentuk seni tu mungkin sekarang aku lebih kepada movie ,drama and lagu.



untuk cerita melayu ada beberapa cerita yang boleh buat aku menangis sampai habis bantal bantal basah. tapi ianya bukan ombak rindu. aku suka tengok cerita p ramlee and cerita zaman zaman mr os dulu. cerita zaman sekarang susahlah nak hook ada la 2,3 aku suka tapi tak terkesan di hati pun. sorry :)


aku rasa malaysia ni ada season demam drama dia. untuk drama sepanyol kegemaran aku ada banyak la gak sampai ada yang aku tak ingat tajuk pun.


antaranya ialah

no es comolo pintan
rosalinda
betty yo soy la fea



antara drama sepanyol ni adalah 2 lagu aku minat. satu cerita dia aku tak ingat langsung. tapi aku ingat lagu dia. bila dengar hati ko rasa macam kena panah bertalu talu. tak tahu kenapa nak feeling broken sorang sorang . bukan aku paham pun maksud dia. hahaha


ni la lagu yang aku dengar sampai nak feeling broken tu. haha . aku tahu phyne ballerz ada buat lagu versi melayu tapi feel dia tak sama.


yang ini pulak kalau aku dengar nak berbunga sorang sorang.
tajuk cerita ini  juana la virgin kalau tak silap. jika silap maafkan saya.


untuk demam hindustan  memang sampai sekarang. cuma sekarang ni tak semua cerita berkualiti macam dulu. tak habis habis nak tunjuk dada tunjuk otot . ingat aku hadap sangat kat muscle dengan bicep ko? emo tetiba. hahaha

cerita hindustan aku paling suka ialah
kuch kuch hota hai, one two ka four, phir bhil dil hai hindustani,
badshah,hello brother,boothnath and etc etc . nak sebut semua sampai tahun depan tak habis taip.

untuk demam thai , ada 1 series je aku sempat follow. circa 2004-2005.
ada cerita wai rai high school. lagu dia pun best .


aku ingat nama watak dia 2,3 orang je
onn,ryu, natalie,art lain semua tak ingat.



demam korea? aku pernah jadi kdrama fans.aku tak pernah obses sangat 
dengan seseorang sampai nak tampal poster kat bilik. so not me. maaf
kpoppers semua. aku jadi peminat kdrama sebelum kdrama fever bermula. sebelum everything goes viral. masa zaman aku layan korea semua orang masih stick dengan hindustan or cerita dinasti cina zaman rambut  panjang panjang lawan pedang. hahaha. aku layan gak cuma aku punya minat boleh bercabang cabang tau huhuhu. cerita fav aku dulu, cerita apa lagi kalau bukan full house. aku layan full house masa tak ramai kenal apa itu cerita full house. hehe. lepastu ada cerita 1 lagi nama dia love story in harvard. 
lepastu aku layan sikit sikit je. tak obses. tak sempat nak obses. last kdrama fever aku masa tahun 2007 .aku layan cerita sweet spy. sweet spy adalah salah satu fav paling fav aku. because the hero was extremely gorgeous. tak tipu. 
pergilah google siapa dennis joseph o neil .



and then untuk cerita philipina plak. actually banyak dah cerita aku layan . tapi baru je lagi demam filipina ni. 10 tahun lepas aku tengok pun macam tak berapa ada perasaan sangat. sebab aku tak suka cerita cinta berat sangat ni. aku suka yang masih ada kelakar kelakar. yang menangis sampai setimba air mata aku tak layan sangat. pernah sekali accidently tersangkut kat cerita drama air mata berat, kepada pengarah tersebut, aku berdendam! hahaha


yang betul betul aku suka tahun 2012 ada cerita mara clara pelakon dia pelakon remaja kathryn bernado. lepastu yang terbaru aku minat cerita got to believe dah habis dah bulan lepas. pelakon dia katherine bernado gak dengan dia punya in real life bf daniel john ford padilla :D


untuk cerita orang putih aku masih sangkut sampai sekarang which is i prefer tengok di cinema. lebih seronok. 

tak boleh nak list banyak sangat. 



dari segi muzik muzik antarabangsa pulak, samala janji lagu tu ada soul and  aku layan. as for now, aku suka lagu orang putih and lagu melayu. sebab aku faham maksud dia. 


selain dari tu adalah sikit sikit lagu bahasa lain tapi tak banyak. 
ada lagu bahasa arab jugak jadi fav aku tau. 


macam mana dengan korang sharelah dengan aku! :D 


p/s: sorry entry panjang :D



Post a Comment