April 10, 2015

Shopping Online dan Support Local!
































Sejak 2 menjak ni aku punya keinginan nak shopping tu terlalu tinggi kalau sebelum ni aku nak shopping pun aku buat buat tak nampak je instashop instashop buat promo. saja je aku pejam mata ataupun scroll laju laju. Tapi sejak aku jadi personal shopper untuk atuk dengan opah beli barang dari goshop aku jadi macam tak keruan la kan. Aish aku ni asyik belikan barang untuk orang je .. untuk aku sendiri tak ada ke? daripada bisikan bisikan syaiton tu la aku dengan jayanya shopping minggu ni. Cuma satulah aku nak puji kat diri sendiri ni. Aku pandai manage duit aku. kalau kat tangan aku ada 3k aku beli barang 3 ratus je. haa nampak berhemah tak aku berhemah kan? =-=' ( pujilah aku please)


so aku tak adalah shopping banyak mana pun ada 2 helai baju 1 helai tudung je. kadang kadang orang rasa macam eh eh ko ni poyo la beli sikit je itupun nak tunjuk nak berlagak la tu. pot pet pot pet mulut si minah senget mata juling memfitnah diri ini sebagai insan yang lemah tetapi cool aku selalu ignore je sindiran halus sebegitu rupa. Lagipun bukanlah satu dosa bila kita buat benda yang kita suka. Tak salah disisi agama pun. hehehe. 



anyway tudung aku beli dari tudung people, baju pula dua helai satu dari house of Allure dan satu lagi dari Dolce Amera. Nak tengok gambar? tengok je bawah ni okey?



yang pattern kat atas ni dari House Of Allure




Yang ini pulak daripada Dolce Amera


Yang Ni Hasil Tangkapan aku Sendiri. Sorry Terblur Nak cepat tadi Snap terus Simpan Dalam Almari. Baru Je Sampai Petang Tadi. 









Yang ni tak lain tak Bukan dari TudungPeople.cantik ke tidak?
cantikkan?kalau nak beli dari tp ni tak payah whatsapp beli dari website je senang. sign up dulu dekat shop.tudungpeople.com



Aku sebenarnya sajalah nak menyeru korang semua supaya support bussines our local people dan bangsa kita.Melayu dengan melayu jangan tanam dengki. kalau nak tanam tanam lah betik ke, ciku ke, takpun durian. berbuah esok boleh makan. Kalau tanam dengki ni penangan dia dasyat dari jatuh cinta. makan tak kenyang mandi tak basah. Gitu. Aku tengok ramai dah melayu start berniaga bagus.. tapi sekarang ni more to fashionlah yang aku dapat tengok. Sebab tu la aku saja membantu meningkat ekonomi diorang . kukuh tak alasan aku ? kukuh kan? lagipun kalau beli dari vendor ni harga lebih murah cuma korang kena pandai pilih instashop dan vendor sesuai la untuk membeli belah.Good Luck untuk kita semua!


till then, bye bye aku nak makan kek harijadi mama aku kejap. Happy Birthday Mama! :D 


Post a Comment