April 5, 2015

tips mix and match, bergaya tetapi jimat! (harus baca)


how to maximize our collection without buying unnecessary closet?


topik harini adalah untuk membantu mereka yang suka shopping dalam tight budget . Penampilan kita kenalah sentiasa dijaga untuk mendapatkan first impression yang baik. Baju yang mahal bukanlah satu kemestian. melainkan korang memang anak orang kaya, duit tak tahu nak guna untuk apa then tak perlu baca entry ni. hahaha . aku terdiri dalam golongan kelas pertengahan dan baru je berjinak jinak mengumpul koleksi baju yang cantik tapi jimat.

antara tips untuk memaksimakan penggunaan sesetiap baju adalah 

1) invest on a good jacket/cardigan 

cardigan dan jacket antara spesis baju yang tak lapuk dihujan tak lekang dek panas. tak kiralah long cardi ke, jacket kulit, jeans, mahupun cotton jaket adalah sejenis pakaian yang kita boleh pakai  dengan cara mix and match .
macam macam gaya, dan cara. sekarang pun banyak dah jual jaket macam ni senang je nak cari.

ini example  jaket yang korang boleh beli. nampak nice kan? seluar macam neelofa pakai sekarang pun banyak instashop jual . cantik cantik harga tak mahal dan berkualiti. 


2)blouse polos (tidak bercorak dan kosong)
blouse jenis polos ni kalau boleh cari good material. sebab kalau korang beli yang material pasar malam ni susah nak tahan lama. jangan cari yang jenis cepat berkedut. Kalau dulu memang susah nak cari sekarang dah senang. 
boleh pakai ke kelas, ke tempat kerja. jalan jalan. ikut suka hati korang la. 
kalau boleh belilah warna hitam,putih dan merah. warna warna macam ni senang nak match dengan macam macam jenis tudung dan shawl.


3)seluar jeans
ini adalah trend yang tak luput dek peredaran masa jugak. kalau nakkan kelaianan boleh pergi cari acidwash jeans . corak dia pun cantik harga tak mahal. kalau beli seluar dekat levis pun sehelai seluar dah rm200 macam tu. bayangkan dengan kualiti seperti levis korang dapat sehelai seluar acidwash dalam range harga dari rm 40 ke rm80 ! murahkan. aku baru je jumpa dekat instagram orang jual untuk saiz kecik ada rm 40 yang saiz besar rm50 pun ada! haa jimat ke tidak??? sesiapa yang tak tahu macam mana rupa acidwash jeans tu boleh rujuk gambar dibawah

this is obviously not me. ini adalah a good example jugak cara nak pakai acidwash jeans ni. korang boleh tuck in baju atau tak. terpulang . kalau aku mungkin aku tak tuck in kot

4)shawl
sekarang ni belambak orang jual borong shawl  macam macam corak. korang tinggal pilih je. murah senang bentuk takpayah iron ada, ada yang kena iron sikit sikit je. rm140 sekodi pun ada . sekodi = 20 pieces. jimat tu!  kalau nak shawl jenis satin atau bawal satin  ig shop pun ada jual bersepah sepah.

ini adalah salah satu contoh branding yang berkualiti . nama brand ni tudungpeople. sila beli sebab memang kualiti dijamin.






5)Bag
pakai je apa yang ada.. haha ni simple je tips aku bagi.
kalau tak tahu nak beli mana bonita banyak yang murah murah. takpun charles and keith. biasa harga bag aku dalam rm80-rm150 adalah sekali tu aku beli sendiri harga rm300. kalau korang banyak duit try la beli lv tu.aku tengok cantik gak. tapi sekarang ni aku tengah taip entry pasal jimat duit so no lv, no lv! :D


cantik kan lv ni? haha one day cukup duit bolehlah beli. oh ya sekarang ni kan musim gst. kalau tak nak kena cas mahal mahal korang beli je dekat ig ada beberapa trusted personal shopper confirm ori dan murah. che ta pun rajin shopping online tau bag chanel lagi you! :D
6)kasut 
again. igshop menawarkan harga semurah murahnya.. antaranya misslillyshop. pergi terjah ig dia sekarang . biasa kalau flat aku beli kat mall je. kalau nak beli sneakers,boots,dr marten inspired,wedges korang belilah online. biasa kalau kat butik ni memang berkualiti sikit.


7)accesories
this is optional. korang boleh pilih nak beli atau tak. kalau nak beli silakan. and bagi aku lagi seronok kalau beli accesories yang nampak depan mata. no! not a fake pandora belilah yang original yet classy macam lovisa. so far my fav from lovisa was red jade. aku tak tahu nama sebenar dia apa tapi dia macam batu jade and warna dia merah.




EXTRA TIPS 
kalau taknak rasa beban sangat , korang trylah beli 2,3 pasang sebulan . lama lama jadilah banyak. Jangan lupa basuh tu asingkan la baju putih tu dari baju bewarna. kalau tak kelam la baju tu bersama sama dengan dengan duit itu tadi. rugii je beli mahal mahal tapi tak reti jaga betul tak?Banyak sebenarnya  benda benda yang boleh maximizekan closet korang. mix and match adalah wajib ye.  contohnya, pakai kemeja boyfriend bewarna merah bersama,graphic tee, shawl plain bewarna hitam dan skirts hitam. itupun dah nampak gojes maut tau. ingat yang penting kreativiti. kalau boleh janganlah melampau sangat. paling penting kalau baju dah bercorak skirts janganlah bercorak jugak. tak match. 


korang boleh rujuk instagram artis artis macam neelofa ni okay? selamat mencuba ! 









Post a Comment