January 3, 2016

matlamat dan tujuan hidup ?





good night everyone

sejak aku berhenti kerja ni ramai tanya. una apa tujuan hidup kau sebenarnya?
lepas ni kau nak kerja mana?


jawapan aku simple . aku tak tahu. Hanya Allah je yang tahu. Lepastu orang tanya lagi .
una kau nak khawin bila?


khawin? kalau dah kerja pun aku tak tahu bila apatah lagi bila korang tanya pasal khawin. secara jujurnya aku sendiri pun tak tahu. plan manusia ni selalu berubah . lagi lagi bila manusia yang diperkatakan itu adalah aku.


aku memang hebat dalam bab bab ubah plan last minute ni. haritu aku sebenarnya dah dapat kerja bidang construction. aku terpaksa tolak sebabnya.. dah la suruh trasfer jauh. kemudian suruh lanyak kereta sendiri pulak . hei mana boleh. sebenarnya boleh je kalau aku nak. persoalan dia sekarang bila hati tu tak suka. macam macam alasanlah aku bagi.


dan sekarang aku pun jenuh fikir


apa lah aku nak buat dengan hidup aku ni?

sekarang aku serah kat ALLAH je la.aku usaha jelah, the rest biarlah dia tentukan,


lagipun dunia ni luas. aku ada bercadang nak ikut jejak langkah kawan kawan aku.

ada yang kat perth, ada yang dekat melbourne. ada dekat uk.

masing masing seronok kerja negara orang taknak balik. mungkin sebab nilai kehidupan dan nilai duit dekat sana tu tinggi.

aku pun teringin. tapi tunggulah . aku kena susun ayat baik baik.
aku dah bagitahu opah dengan atuk. awal awal kena reject.
masa aku cakap nak pergi study korea dulu pun parents aku tentang habis habisan. macamlah aku nak menetap kat sana terus. biar khawin dulu katanya. biar ada orang jaga aku.



aku rasa aku boleh jaga diri sendiri. lagi pun soal jodoh ni pening kepala lah. lagipun aku bukan terdesak nak khawin pun.






p/s: umur 25 ni baru nak fikir plan hidup. hahaha lantaklah. age is just a number. 
Post a Comment