January 27, 2016

MAKE MALAYSIA GREAT AGAIN





okay topik harini agak berat sikit but it is the truth of what happening now.


if you exclude politics , senang je nak trace masalah MALAYSIA ni punca dari mana. Ya memang our beloved pm bersalah. dengan segala skandal. tapi bukan dia sorang.  yang buat MALAYSIA jadi macam ni of course barisan menteri yang menyokong beliau. kroni kroni. and.....


percaya tak kalau aku cakap maybe kita pun terlibat sekali?


aku bagi contoh mudah ye.


aku pernah kerja dengan company construction.okay company ni terima tender dari sime darby.
sime darby pulak ambik projek dari kerajaaan. oleh sebab aku bekerja dengan documentation so all cost tu aku dapat tengok. sebab kalau korang belajar civil engineering or quantity surveyor korang akan tahu la pasal BILL QUANTITY ni.


aku pun tengok berapa company aku charge pada sime darby. HARGA PALING TAK MASUK AKAL.


SERIOUS TAK MASUK AKAL. 

company kontraktor kelas A ni pulak milik kaum cina menggunakan lesen MELAYU.sebab kerajaan letak  syarat projek hanya untuk  SYARIKAT BUMIPUTRA  sahaja.  ini menyebabkan berlakulah corruption atau dalam bahasa melayu nya rasuah sebab ketidak adilan ni. kenapa tak diberikan je peluang yang sama untuk bangsa lain? itu salah kerajaan yang pertama. Bila pemilik syarikat ni dah terpaksa keluarkan kos untuk sewa lesen MELAYU ni, dia mesti nak untung. itu normal semua orang nak untung. berlakulah over budget. projek lambat siap. yang rugi?



KERAJAAN LAH! kerajaan pakai duit siapa? duit KITA lah. duit pembayar pembayar cukai ni.
sebab tu HARGA RUMAH NAIK. KOS KOS SEMUA NAIK.  SEBAB TU LAH. SISTEM MANAGEMENT KERAJAAN SANGAT TERUK.



aku pernah tengok  dekat BQ. boss charge gaji aku dekat sime darby rm6k .3 kali ganda daripada gaji sebenar aku waktu tu. itu baru aku sorang. belum yang lain lagi. and polis polis muda dekat kawasan situ ambik kesempatan. pergi kacau site. kacau pekerja. pihak consultant pun sama. perkara mudah, yang kadang kadang tak ada salah pun di salahkan demi nak makan suap. benda benda ni semua menelan kos. itu belum kira nak dapat approval.kalau dah ikut guideline pun kena bagi suap baru dapat approval, buat apa bos aku nak ikut guideline kan? sebab tu sekarang rumah cepat runtuh. sebab bahan tak cukup. jalan cepat je pecah sana sini. sebab SEMUA ORANG corrupt.


mangsa? pembeli rumah, orang yang tak bersalah. aku bukan nak salahkan authority tapi aku nak ajak rakyat MALAYSIA berubahlah. jangan jadi orang yang asyik nak makan suap je. makan rasuah je. biasalah orang macam aku ni dibenci. pernah gak aku suarakan dekat kawan aku, aku rasa gaji aku ambik tu tak berkat. kawan aku cakap, construction una. mana ada tak makan rasuah.


BAGI AKU TAK. duit kita makan ni semua jadi darah daging. manusia tak lepas dari buat silap. aku sedar aku pun banyak buat silap. tu belum aku cerita macam mana nasib pekerja asing tanpa permit kat negara ni. kalau mati ketika bekerja kena simen je sedangkan dia islam. benda benda ni semua aku tak boleh terima. 



aku harap kalau pihak yang terlibat baca apa aku tulis ni, sedarlah yang duit duit ni semua hanya akan  kucar kacirkan hidup kita. cari rezeki halal. inshaallah berkat.



aku harap pemimpin pemimpin yang kita tengah sokong sekarang ni bersikap telus. manusia ni dia cepat berubah. sesiapapun naik lepas ni aku harap lebih telus dan bertanggung jawab. dan tak boleh nak harap dia sorang. a corrupt leader start from a corrupt people . jadi jangan makan rasuah. 


p/s: MAY MALAYSIA GREAT AGAIN

sekian terima kasih.



No comments:

Result Level D dah keluar !!!