Skip to main content

ini adalah raya saya :)

syawal dah seminggu tuan blog ni baru reti nak update, baru mengenal erti blogwalking di pagi syawal.

ah sudahlah..

 so harini una nak  compilekan  segala kejadian-kejadian syawal macam jurnal la kononnya. memang agak tak penting buat masyarakat sejagat, tapi agak penting buat pengarang, mana tahu esok lusa tiba2 hilang ingatan ke , eh ade jugak memori secebis dua yang tertinggal kat blog ni.


malam raya
malam raya 2012 bertarikh 18 august amatlah tak syok, seekor makhluk berbin/bintikan kan razali sorang pun tak balik,maka malam raya tinggal haku, opah dan atuk. aku pun ambik insiatif main mercun bola stok mercun adik aku yang kena rampas dengan abah tahun lepas, tapi sebab dah masuk angin, haku tak jadi main. tengok jerlah jiran-jiran main. hampagas.. :( aku duduk dalam kereta merah atuk which is kereta tu dah atuk tak guna sejak dapat kereta baru. aku  ingat nak bawak jalan2 , tapi atuk larang atuk kata bahaya. maka aku masuk dalam rumah dengan keadaan hampa.
 
raya pertama
pagi-pagi raya aku masih ber t-shirt, tak mandi tak buat hape-hape pun.tak lama kemudian, datang segerombolan sepupu *segerombolan la sangat, padahal 5 orang je*, amir, padilah,hassan,yana dan loqman.
rumah diorang ni 15 minit je dari kampung sebenarnya. aku dengan tak mandinya kelam kabut la mandi. lepas tu kami pun bergambar raya buat kenangan. tengahari sikit baru maklong sampai, diikuti keluarga haku yang membajet jauh sangat rumah tu padahal 40 minit je dari kampung.maklong cakap tak tidur kampung, sebab paklong tak dapat cuti. sobs-sobs . aku telah menculik sepupu aku ika, hasil plan dengan padilah. kami membawa ika jalan-jalan ke jeti bagan datoh, kemudian kami bawak pergi makan kfc. hasil pujukan syaiton dua ekor ni, ika berjaya kami halang dari balik ke tanjung malim. HAHAHAHA
 
RAYA KEDUA
kami tak ke mana-mana, yang ade haku, padilah, ika yang tinggal sehelai sepinggang,yana dan aqilah. kami habiskan masa ber aerobik bersama.sungguh indah hari itu. hilang la jugak lemak aku yang degil tu :P
 
RAYA KETIGA
kami beraya ke teluk intan , rumah opah sedara kami yang kami panggil opah lang. mak usu, tak join sebab pak usu kurang sihat, maka aku bawak anak dia balqis dengan ika. hehe ika jugak, tapi aku panggil dia ika kecik. kami pergi dengan atuk, opah tak join sebab opah sakit kaki katanya. so kereta penuh dengan mulut kami yang potpet potpet. balik dari rumah opah lang kami lawat sedara dekat kami di hospital, dia menghidap breast cancer tahap 4. doakan dia cepat sembuh , amin. balik dari tu kami sempat bershopping , berkongsi make up tips, dan produk kegemaran. petang tu, kami accident, mujur tak ada nyawa yang terkorban. alhamdulillah. 3 kereta yang accident ni.
 
RAYA KEEMPAT
malam tadinya which is raya ketigalah. keluarga achik dengan pak andak balik. so rumah dah penuh, awal2 pagi raya keempat achik dah keluar beraya,mak andak pun sama, pak andak dah pergi tapak projek ade kerja sikit tapi pikah dan wani(anak pak andak) tinggal dengan kami. so haritu, kami sepupu-sepupu tolong opah masak. riuh rendah la rumah tu bila kami bereenam masuk dapur. opah just tunjuk2 je. kami pun menyantap lauk yang-lauk kami masak. hoiii sedap jugak ye? :)
 
RAYA KELIMA
kami beraya ke rumah sedara di area tanjung malim dan tapah.
 , mula-mula kami ke rumah mak usu di area chenderiang, ala dekat-dekat je lata kinjang. kemudian kami ke rumah opah sedara kami yang muda,  kalau ikut umur boleh panggil makcik je tapi ikut pangkat dia opah sedara kami la. opah chu norehan .  kemudian ke rumah mak long sam. tiga-tiga rumah tu area dekat-dekat je.lepas tu baru kami ke rumah ika, beraya and hantar dia balik sekali la ni kiranya. maklong aton masak kuetiaw 3 kali tambah haku u ollzz. plannya lepastu nak gi rumah mak andak tapi kesian mak andak penat sebab baru balik kami tak jadi pergi. kami pun balik ke kampung semula. oleh sebab aku naik kereta pakngah, malam tu haku tidur je rumah pakngah. :)
 
RAYA KEENAM
pagi tu aku bangun, aku dapat tahu mama nak pick aku dari kampung. pastu aku bangun tengok-tengok yana tengah study kimia sebab tak lama lagi dia trial spm . maka haku pun mengajar dia kejap, ilmu yang ada elok dikongsi tak gitu?.sembang-sembang jap padilah bangun ajak breakfast. kami breakfast sama-sama kemudian dia drive hantar ku ke kampung. siap packing-packing barang. orang ditunggu tak sampai2. mama rupa2nya kat rumah opah lang. opah plak plan nak berjalan. haku cakap kat mama cancel ambik haku. haku ikut pak ngah beraya lagi sekali  ke rumah opah lang, sebab opah teringin nak jumpa adik dia . eh tapi sebelum ke rumah opah lang kami ke hospital lawat sedara kami tu, sebab opah tak tengok dia lagi. disebabkan opah sakit kaki, aku dengan mak ngah pergi pinjam wheel chair.
balik dari teluk intan, pak ngah hantar aku balik ke rumah aku. finally aku beraya di rumah sendiri HAHAHA.
 
 
RAYA KETUJUH
aku tengah menaip entry ni, sambil menunggu sanak saudara datang rumah haku nak beraya pulak.
 
sesunggunhnya raya 2012 ni mempunyai banyak kenangan manis pahit. semoga ikatan yang ada terus terjalin. ceh gituuuu..
 
 
 
p/s: gambar-gambar tak boleh masuk lagi gara-gara line tenet yang tenat.
 
 
 

Comments

syAzAnA said…
woahhh. meriah juga raya awak. hehe


Selamat hari raya awakkkk! :)

Popular posts from this blog

Music and me : kenali siapa insomniacks

hello happy cracky people!  sebelum aku nak introduce korang kepada ahli group insomniacks ni , apa kata korang bukak video dekat atas ni dulu. 

okay dah  dengar cover diorang?  i know what you guys think.cool gila kan? susah nak jumpa orang boleh cover lagu blink182 ni dengan jayanya dan sesedap ini. and kalau korang perasan diorang ada tambah lirik sendiri dekat belakang.


aku dapat tahu pasal diorang ni start diorang buat cover dengan johanis sani. siapa tak kenal jo?angkat tangan? okaylah  siapa yang layan vine dekat sini dan familiar dengan viner acidgaf?
yelah acidgaf tu jo lah.

semua orang tahu jo ni suara dia sedap. come on... walaupun dia ni ramai haters sebab keseksian dia tapi please put aside those negativity. as a music lover, i appreciate her talent and selalu la jugak aku pergi layan cover dia dekat youtube. so start dari situ aku discover this group.



insomniacks dianggotai oleh
syed amir iqbal,danial,iskandar dan gavin

Tutorial Edit Video Guna Imovie

hai.
zaman instagram kini dah lebih advanced. Bila mana kita tengok ramai insta famous yang upload video mempunyai background music yang memikat hati. Rata rata golongan hipster sekarang mempunyai smartphone dan smartphone pilihan mereka samaada Samsung atau iphone.Kalau Guna Samsung mungkin tak ada  masalah nak edit video ada music tapi bagaimana jika menggunakan iphone?


semua orang tahu tahap kedekut iphone ni macam mana kan? Nak music free boleh je download. tapi tak boleh guna buat ringtone dengan mudah. Kalau pakai software iMovie nak edit video dan ada background music  Lagu kena beli kan?  kalau taknak beli  kena buat banyak kerja sikit. Step nak dapat music free for iphone yang boleh guna untuk segala apps ada disini. Click for tutorial.


Baca tutorial tu kemudian datang baca sini semula okay?

dah baca ? okay cool.

cara nak edit video ni mudah je. Mula mula..

1)  download  iMovie dan Squaready for video di apple store.




2) Masukkan video /photo yang nak diedit di iMovie



3)Kalau video k…

HANNAN MEDISPA HONEST REVIEW & GET WELL SOON MOM

hi everyone! today i'm gonna do a quick review on hannan medispa treatment. 100% genuine and this is not a sponsored post because i am not that famous, i don't really have a reader which makes my entry is just an honest review.
where is it located?  dekat twosquare pj state but in the map they stated that it is at damansara. but it is actually located  at two square.
so this is bella on her 3rd treatemnt. my cousin got a severe acne problem and pigmentation. and she is PANTANG JUMPA  kinda person. she cannot eat seafood and belacan. hopefully she gonna stop eating that for a while. since this treatment cost her a lot of money already.
so this is how the front desk of hannanmedispa looks like.

and this is the logo . looks good!


okay this is inside the treatment room. i really like every inch of this place. the decoration is very clean and air feel fresh as well. the staff were also very friendly and well trained.
bella took the 6 session of treatment which comes with a package. based on doc…