August 12, 2012

fenomena okultasi musytari, dapat tengok?

jika korang seorang blogger tegar , rajin blogwalking , dan suka ambil tahu pasal alam mesti korang tahu berita yang mengatakan berlakunya proses okultasi musytari .
una tak tahu setakat mana kesahihan berita ini dari apa yang una baca dari blog klxpress dan katanya telah disahkan oleh ANGKASA(agensi angkasa negara). proses tu berlangsung pagi tadi  ahad  2.20 pagi sehingga 3.20 pagi waktu malaysia dan kejadiannya boleh dilihat menggunakan mata kasar. una sebenarnya teringin nak menyaksikan proses tu berlaku tapi una ingat peristiwa tu  berlaku malam ni .



apa itu okultasi?
proses dimana bulan melindungi musytari selama satu jam
dan fenomena ini kali terakhir berlaku pada 23 Februari 2009.
*una tak dapat tengok jugak*

ada juga ura-ura mengatakan yang berlaku hujan meteor , tapi oleh sebab una tak nampak dan tiada bukti maka mungkin tiada hujan meteor yang berlaku.

sebenarnya memang minat una dari kecik lagi lebih menjurus kepada sains.sampai setiap hari tengok bintang nak cari buruj kononnya :)

sepanjang hidup una , yang una tahu 2 planet saja , yang kita boleh nampak apabila ia melalui proses tertentu dan boleh kita lihat melalui mata kasar. yang pertama planet marikh , berlaku sekitar tahun 2002/2003 *una tak pasti* ,dan kedua planet musytari.
tapi kejadian yang betul betul terkesan di hati ialah pada tahun 2002/2003 sebab una betul betul nak tengok planet marikh, tapi waktu tu hujan , dan una tertidur. tapi ALLAH bagi peluang una tengok dalam mimpi  mungkin supaya una tak terkilan . una tahu tu cuma mimpi, dan mungkin bayangan mimpi tak sama dengan bayangan yang sebenar tapi cukuplah dapat memuaskan keinginan hati yang taksub sangat ketika itu. untuk pengetahun korang masa tu una baru tahun 5 atau tahun 6.


una sebut 2 planet, sebab 2 planet tu je yang una tahu berlaku dan boleh dilihat di malaysia ni, kalau ada yang lain  sila tambah maklumlah masa belajar haritu dah lama tak tengok berita :)


chopp!

nak beritahu ada sikit perubahan dan penambahan di blog ni, apa dia?
meh tengok gambar.


1)ada fanpage, kalau sudi like la eah :)
2)chatbox dah sorok, click la kalau nak tinggalkan jejak
3)ada banner dah, nak exchange? bagi tahu eah :)


p/s:  jom blogwalking?



2 comments:

Unknown said...

eyqa un minat bende2 cam nie.. slamat berkenalan

Unamn said...

hehe waa minat gak eah? best2.. selamat berkenalan :)