December 9, 2015

perasaan misteri dan movie love,rosie




aku ni spesis manusia kaki movie tau aku jarang nak layan cerita cerita cinta ni.
tapi kalau ada yang best aku akan tengok..


tadi aku trylah tengok love, rosie.

memandangkan kisah hidup aku tengah sedih jugaklah sekarang ni. banyak jugaklah air mata aku keluar.


dia kira macam kalau orang tanya kenapa bengkak mata, boleh nak bohong cakap aku tengok movie..
padahal sebab terbawa perasaan sedih tu sekali..


hurmm things are getting complicated. aku sampai tak tahu nak luahkan macam mana. banyak sangat benda aku simpan dan aku pendam selama bertahun tahun ni.

aku syak kalau aku buat novel, boleh kalahkan karya novel siti rosmizah yang meletup letup tu.
tak cukup tisu korang nangis nanti.


hahaha melampau lampau metaforanya kau ni una.


aku doakan kau bahagia. aku tahu kau tengah kusut sekarang. aku pun sama. tapi bila aku tengok kau senyum tu aku lega dah la. macam mana pun hari hari aku doa supaya kita berkawan baik sampai bila bila. walaupun aku pemalu nak tegur kau dulu tu memang taklah. tapi kadang kadang aku appreciate jugaklah effort kau nak bertegur sapa dengan aku.

kalau kau baca ni, kau fahamlah bahawa aku suka dekat kau. 
ni aku tujukan dekat kau je tau. bukan orang lain. yang lain tu baca tak payahlah perasan hahaha


eh eh tapi kau jangan risau aku tak unsur paksaan nak suruh kau balas ke apa aku tahu kau dah berpunya dah aku respect benda tu. aku tak suka kacau hak orang ni.


sebab tu kalau kau perasan aku bercakap dengan kau aku pandang tempat lain. kau sorang je aku react macam tu. orang lain mana ada. kan kan?




hmm lega pun dapat luahkan perasaan kat sini . kau ingat senang seorang bernama nur izzati husna ni nak confess benda benda camni?


susah tahu tak?



hahaha anyway, we can't be partner in life but i hope we could be bestfriend until we die,

stay safe, jangan memandu laju laju.
ramai je manusia sayang kau kat dunia ni.



aku tahu kau baca benda ni. mesti kau clueless kan?


hahaha mesti kau syak diri kau tapi kau tak berani nak agak kan kan?


ye kau lah tu siapa lagi.


p/s: amacam gais misteri tak entry aku kali ni?
Post a Comment