October 17, 2012

convocation day : october 16

semalam merupakan hari yang terindah buat aku, dan  buat kami semua yang meraikan hari konvokesyen di UTM skudai . menyedari hakikat yang selepas ni mungkin kami sukar hendak berjumpa kami, cukup buat kami menghargai masa-masa yang ada. pipah rancangkan satu slot photoshoot untuk DDA( dda stand for civil engineering). aku tak dapat nak upload lagi gambar-gambar masa photoshoot, photographer belum sempat berikan pada pipah. tapi bila tak dapat nak letak gambar letak "memori" pun jadilah kan?



sukar aku nak bayangkan perasaan aku ketika itu, sebenarnya dalam gembira ada sedikit sedih sebabnya kami tak cukup. ya! "keluarga kami" masih ada di kuantan. irfan,onchair,paan, abe,ajiq,syuk,penang,charles,fifi,navy,topek,shawn dan lain-lain masih ada di kuantan. kami dah biasa ramai-ramai , dah biasa gelak sama-sama. paling terasa ketidakhadirannya ialah kerana mereka lah yang banyak bergila-gila. aku masih ingat kenangan di kuala terengganu, dan segala kenangan lain di kuantan. kejap aku nak lap air mata kejap.. aku sedih :').

macam kenangan di bawah ni :')


biarkan gambar ceritakan segalanya :')
 
 
 
ini kami waktu dulu :')
 
 
 
kemudian ni kami waktu sekarang
 
 


afiq dan que saja lelaki yang ada, ustad bergambar dengan family, mamat hilang. jadi ini saja kaum lelaki kos kami tinggal ,mujur diorang berdua ni riuh juga :)
 
 

masa ni photographer tengah snap gambar kami sebab tu mata pandang lain.
 



dalam sedih-sedih aku mampu juga ketawa tengok gelagat sorang -sorang kawan aku contohnya macam ni...

 


 
keceriaan ikhlas dari muka cik wawa betul-betul buat gambar ni "hidup"
teringat pulak aku peristiwa cikwawa bergambar sambil angkat ketiak :)
 
 
 
kijah yang selalu excited, lepas ni mesti kita susah nak jumpa.
kijah orang sabah, sama macam irfan .
 
tapi masa yang ada, dan orang yang ada disekeliling kita harus diserikan dengan  keceriaan
jadi masa dalam dewan aku sempat snap picture ni :)
 
 masa ni aku ingat, aku ade terflash sekali muka mimi, kesian kat mimi hehe, susah kalau orang dah besar perangai dok nak terkinja-kinja lagi ;P
 

 
gambar ivy, buat kenangan dia anggap aku kawan baik dia katanya
aku hargainyaaa..:)
masa dalam dewan tu aku giliran aku 265,cikwawa 266,mimi 267 dan wawa 268 . suasana dewan gamat bila lagu congratulation dimainkan, aku ingat ade campak2 topi rupanya tak ada, nak main campak-campak kat luar rupanya hehehe. so masa tu gambar dengan letupan belon dan lagu congratulation ,aku nak berterima kasih kepada budak kos eletrik kot belakang aku tu yang ceria sangat orangnya sampai aku tergelak-gelak tak ingat dunia , setiap kali nama manusia pelik-pelik disebut diorang ulang-ulang dengan suara yang pada pendengaran aku kelakar, hehe bagi korang aku tak tahu. terima kasih bagi semua yang menceriakan hari itu
 
 
 
 
 
 
semua kekinjaan tadi aku sambung di luar dewan.
tapi tak lama sebab adik aku hilang. aku perlu bersabar  -.-'
 
lepas jumpa je adik aku, aku pergi join yang lain buat photoshoot di depan dewan satu lagi. daripada shoot berdiri gaya bebas, duduk, sampai baring kami buat.
jap jap yang baring tu tak jadi.. aku siap baring dah tapi aku segan photo-g cakap macam susah je nak baring-baring sebab kami tak ramai sangat nak buat curve so kami duduk jer.. dari atas bukit sampai bawah bukit. kesian pipah hajat dia nak photoshoot depan waterfall tak sampai sungguh kesian tapi masa tu ramai dah penat nak turun ok je , nak naik je takut tak sanggup :')
 
jadi sekarang ni aku tak boleh nak cerita banyak, nanti gambar dapat aku update lagi.
salam sayang buat korang.
 
by the way, ini kejayaan kita sama-sama tau :)
 
 
 
 

4 comments:

NoEn said...

tahniah dear...dh lepas satu stage..

shar90 said...

dah berjaya... tahniah... hehee xD

Unknown said...

Congrate dear.....!!~ =)

Kauthar Afifah Ramli said...

congratulations college-mate ! :)

ikip best :)