October 30, 2012

ALLAH lebih sayangkan dia....

yang hidup pasti akan mati, tak kira usia bila ajal menjemput mati itu pasti. sudah termetri janji antara kita denganNYA.
 
 
 
 
 
 
pagi semalam aku dikejutkan dengan berita opah saudara aku opah lang dimasukkan ke ward ICU . aku telefon mama di tempat kerja, abah tak berapa sihat, jadi kami putuskan nak pergi melawat esoknya iaitu hariini akan tetapi tuhan lebih sayangkan dia, pukul 8.15 malam mohaini binti muhammad telah kembali ke rahmatullah. mama seakan terkilan, aku pun kerana tak dapat berjumpa saat sebelum dia meninggal. walaupun dia cuma opah saudara aku tapi pertalian kami agak rapat kerana dia adik kepada opah aku. tadi aku tengok opah sayu, tapi dia cuba kawal airmatanya, dia taknak arwah seksa , aku pun cuba menahan air mata dan aku saksikan dari saat arwah di bacakan yassin,dimandikan, dikafankan dan juga di kebumikan.alhamdulilah arwah dimandikan oleh semua anak-anaknya biarpun mereka sedih dan tak dapat mengawal air mata, tapi tiada yang teresak-esak tadi, cuma air mata yang mengalir.muka arwah bercahaya dan aku dapat rasakan dia tergolong dalam orang yang baik-baik, kerana cuaca yang terik bertukar jadi mendung semasa saat arwah hendak dikebumikan, proses pengkebumian juga lancar, baik-baik disana ya opah lang? ijat sedekahkan alfatihah untuk opah lang yer?
 
opahlang adalah contoh yang terbaik buat aku,kematian suami 21 tahun lepas dan terpaksa membesarkan anak-anak sendiri sehingga tiap-tiap mereka berjaya ke menara gading dan anak sulungnya belajar di UK walaupun dia tak bekerja . dan masih aku teringat gelaran yang dia beri kepada aku walaupun nama tu tak ada kena mengena dengan aku dipanggil aku bibah, dan sebenarnya sampai sekarang aku masih terbayang-bayang wajahnya , senyumnya, sukar nak terima orang yang kita pernah kenal dan pernah lihat dia hidup tiba-tiba dia tak ada kan? tapi sebagai manusia kita kena terima sebab itu adalah proses biasa kehidupan dan sebagai islam kita harus percaya makhluk akan kembali kepada penciptanya.
 
 
tadi ada satu kejadian yang buat aku sebak, kucing peliharaan opah lang seakan-akan tahu tuannya telah pergi, dia mengiau kuat saat opahlang dimandikan, mama ingat dia lapar, mama bagi dia makanan.. bila makanan diberi dia masih mengiau, dan orang yang ada disitu bagi laluan dekat kucing tu sebab pelik, kucing tu menjenguk, setelah dia dapat lihat wajah tuannya buat kali terakhir dia terus duduk dan berhenti mengiau lagi. aku tewas. aku menangis sebab aku menyaksikan seekor haiwan yang tak ada akal seakan-akan mengerti yang tuannya telah pergi. ternyata haiwan punya perasaan cuma tak akan ada siapa benarkan kucing tu nak cium dahi tuannya kan?
 
 
 
semoga rohnya dicucuri rahmat
 janjinya dengan pencipta telah sampai , cuma kita yang masih tinggal menunggu tarikh luput yang kita sendiri tak pasti
 
 
wallahualam
 
 
 
 
 
 
 
p/s:  sedekahkan alfatihah kalau sudi.

October 29, 2012

kegembiraan yang direntap, sedih bertandang (entry penuh kepiluan)

baru sahaja dapat kegembiraan, tiba-tiba kegembiraan tu bagai direntap-rentap, di carikcarik. remuk hati melihat laptop tak mahu on.


mula-mula hati kemain berbunga riang, berbunga dan riang kerana tudung teal english yang ditempah dari tudung people telah pun sampai . sebenarnya parcel dah sampai hari khamis lagi, tapi masa sampai tu aku kat kampung nak sambut raya haji kata ko .






dan setelah kesedihan yang terjadi aku jadi tak ada mood  sangat -sangat. down betul semangat.
sebab selama 3 tahun aku bersama laptop kesayangan, akhirnya ianya tumpas jua. hati mana tak sedih? jiwa mana tak pilu? aku sengsara sungguh :( . jiwa melara, merana rasa nak menjerit . aku mintak jugak kat mama tapi dia kata adik banyak pakai duit kakak, kalau kau nak beli baru pakai duit sendiri.  


namun ku tetap menunggu samaada laptop sayang dapat dibaiki atau beli baru sahaja. :')




p/s: i miss my laptop, mama why don't you buy me a brand new laptop? :(

October 23, 2012

smartphone manakah yang harus jadi pilihan anda?

zaman sekarang semua orang terkejar-kejar nak pakai smartphone, bermacam orang bermacam tujuan, tapi ada  segelintir orang yang macam aku ni, memakainya untuk keperluan. jadi bila aku dah selidiki dan aku juga salah seorang pengguna  smartphone, aku rasa blackberry adalah salah satu smartphone yang sesuai untuk digunakan ramai.kenapa blackberry? okay meh sini aku nak jelaskan
 


 
 
 
 
cas internet yang murah berbanding smartphone lain.
BIS atau nama panjangnya blackberry internet service, untuk celcom korang cuma perlu topap rm25 sebulan, dan maxis rm20 sebulan kalau smartphone lain mahal dah tu , ada rm75 ada rm90 . jadi nampak tak betapa murahnya  blackberry?. kenapa celcom mahal? dah aku taknak jawab korang tanya sendiri pemilik telco terbabit. tapi untuk celcom meh aku kasi penerangan panjang lebar sikit sebab aku pengguna BIS celcom :) . rm25 ni tak sia-sia sebab korang boleh dapat bonus kredit panggilan 3 peratus tiap-tiap bulan (aku selalu dapat)dannn korang dapat free  250 Mb broadband, di mana bila korang cucuk blackberry korang di laptop ianya bleh jadi broadband dengan nilai mb percuma tadi. haaa gunalah sampai habis tu. tiap-tiap bulan dapat tau! :).
 
ada email dan notification
email sangat penting bagi manusia macam aku. kenapa? okay senang je reasonnya sebab aku sekarang menganggur,so aku selalu mohon kerja melalui email jadi bila pakai blackberry ni aku jadi alert dengan setiap email yang masuk inbox, tak kiralah pasal kerja ke bussines ke, samaada aku email dengan kawan yang jauh ke, ada siapa2 hack facebook aku ke, jadi email ni akan notify aku dan aku berbunyi. nampak tak betapa effisyennya blackberry ni? :)

 
bbm, whatsapp, twitter,facebook
 
okay sekarang ni boleh kata ramai jugaklah yang kaki online, so banyak application untuk online dimana sahaja tanpa ada cas tambahan. well rm25 untuk semua ni? bukankah ianya berbaloi?. disaat  kredit habis, bbm boleh jadi penyelamat untuk berhubung dengan kawan-kawan yang sama-sama pakai blackberry. ini adalah gaya hidup penuh penjimatan hehehehe. (aku memang kedekut jadi korang kena faham kenapa aku pakai blackberry ni). whatsapp pula fungsinya lebih kurang sama macam bbm tapi ianya lebih meluas, andai kata kawan kita pakai samsung galaxy ke (selain blackberry) kita boleh contact dia guna whatsapp double jimat! .(seee.. dah kata saya seorang penjimat tapi bergaya *batuk*)

 
kalendar
kalendar dalam blackberry ni special sikit. betapa specialnya dia sebab dia boleh link kan ke facebook. u get me? okay macam ni, bila dah link ke facebook dan facebook link ke kalander, setiap kali ada birthday kawan kita kat facebook kalander ni akan kasitahu, dan siap boleh taip terus wish tanpa pergi selidik birthday siapa harini. selain itu kita juga boleh update blog guna blackberry . hebat tak? hebat tak? ... itulah dia smartphone :)
 
 
murah
okay semua orang tahu yang blackberry dah murah sekarang. well korang tak perlu beli yang mahal-mahal sangat sebenarnya, most of blackberry function sama je. jadi boleh aku katakan blackberry sekarang antara smartphone yang murah.

 
 

produk apple memang cute, tapi aku tak berduit  jadi kita harus pandai memikirkan smartphone manakah yang boleh memenuhi keperluan kita. untuk show off? better jauhkan! :)


 
blackberry mungkin tak ada instagram, tak boleh main talking tom, tak boleh nak tengok cuaca diluar , kamera pun okay-okay sahaja tak macam i phone 8 GB. tapi bagi aku cukuplah kita pakai sesuatu yang kita mampu. if korang ade duit lebih it's okay boleh pakai i phone .
tapi kalau tak ada tak perlu bergolok gadai demi smartphone untuk menunjuk-nunjuk pada orang okay? sekian sahaja review penuh semangat dari aku.
 
 
 
salam penuh keterujaan , una
 
 
 
 
 
 
 
 


October 20, 2012

short filem yang brilliant , mari tengok :)


 
bagi korang yang dah bosan tengok filem-filem hantu melayu yang semakin merepek kat wayang sekarang ni, aku suggest korang tengok video ni.  filemnya pendek tapi padat. idea dia brilliant . nothing much i can say.  so enjoy...
 
 

October 19, 2012

keyakinan diri yang hilang ?

assalamualaikum
ini nak cerita dilemma wanita . ceh wanita sangat.  mula -mula sekali korang tengok dulu gambar aku  bawah ni.
 
 
 
 
nampak tak pipi tu? nampak tak betapa tembamnya ia?
okay sebenarnya bukan kat pipi je seluruh badan pun tapi takkan aku nak tunjuk kot seluruh badan? ambooiii melampau pulakkk sampai satu badan nak tunjuk? ;P . okay sebagai perempuan yang meningkat dewasa, bujang pulak tu, bersaiz comel besar jadi aku rasa rendah diri setiap kali disamping orang kecil molek, lagi-lagi kalau ada majlis
sebab tu aku tak suka pergi majlis, aku rasa macam semua mata pandang aku semua tengah mengutuk. (pernah rasa tak macam ni?)
kadang orang tak faham perasaan orang macam aku ni, badan je besar hati kecik tau  *lap hingus*  :/ tapi ape boleh buat kadang-kadang aku fikir semua ni salah aku jugak, sifat semulajadi manusialah memuji yang cantik, mengeji yang buruk ye tak?
 
 
 
dan sebab itulah aku jarang ambil gambar , dan sebab itu jugaklah blog ni sepi tanpa gambar aku yang terbaru, ada sesetengah blogger tu beruntung muka cantik badan slim pulak , hari-hari ada gambar baru. aku? 4 bulan sekali pun belum tentu ada gambar baru korang tahu? ni gambar baru ni pun aku ambik sebab  aku saja nak nak buat kenangan masa aku keluar dengan member study diploma dulu, kalau tak..
hampagassss nan hado aku nak letak ;P
 
 
 
 
 
semua ni gara-gara pertambahan berat badan, sejak aku masuk kolej tak malu aku katakan aku naik 20 kilo :(
aku segan, aku hilang keyakinan diri, aku selalu kena ejek
yerlah aku sedar muka pun macam talam orang pun nak taknak jer kawan dengan aku. aku tak kisah kalau orang taknak kawan dengan aku sebab rupa aku macam ni sebab bagi aku kalau yang datang nak berkawan tu biarlah ikhlas janganlah sebab rupa semata-mata.
kadang-kadang aku bersyukur di jadikan gemuk begini sekurang-kurangnya aku tahu yang mana ikhlas yang mana tak yang mana pilih bulu yang pilih intan. tak apalah jika diizinkan ALLAH aku cubalah turunkan sedikit lagipun tak baik untuk kesihatan aku ni , maklumlah orang berpenyakit tapi aku taknak cerita pasal tu biar jelah aku yang tahu lagipun tak bestlah entry nak cerita sesedih yer tak?
 
 
 
sesambil aku tengah bersemangat nak kurus kononnya (harini la hari lain tak tahu). apa kata korang suggest cara nak dapatkan v shape untuk pipi? aku teringin nak pipi V Lah..
barulah feeling gita gutawa eh?
 
 
 
 
p/s: sorry kalau entry boring.
 
 
 
 
 
 
 

October 17, 2012

convocation day : october 16

semalam merupakan hari yang terindah buat aku, dan  buat kami semua yang meraikan hari konvokesyen di UTM skudai . menyedari hakikat yang selepas ni mungkin kami sukar hendak berjumpa kami, cukup buat kami menghargai masa-masa yang ada. pipah rancangkan satu slot photoshoot untuk DDA( dda stand for civil engineering). aku tak dapat nak upload lagi gambar-gambar masa photoshoot, photographer belum sempat berikan pada pipah. tapi bila tak dapat nak letak gambar letak "memori" pun jadilah kan?



sukar aku nak bayangkan perasaan aku ketika itu, sebenarnya dalam gembira ada sedikit sedih sebabnya kami tak cukup. ya! "keluarga kami" masih ada di kuantan. irfan,onchair,paan, abe,ajiq,syuk,penang,charles,fifi,navy,topek,shawn dan lain-lain masih ada di kuantan. kami dah biasa ramai-ramai , dah biasa gelak sama-sama. paling terasa ketidakhadirannya ialah kerana mereka lah yang banyak bergila-gila. aku masih ingat kenangan di kuala terengganu, dan segala kenangan lain di kuantan. kejap aku nak lap air mata kejap.. aku sedih :').

macam kenangan di bawah ni :')


biarkan gambar ceritakan segalanya :')
 
 
 
ini kami waktu dulu :')
 
 
 
kemudian ni kami waktu sekarang
 
 


afiq dan que saja lelaki yang ada, ustad bergambar dengan family, mamat hilang. jadi ini saja kaum lelaki kos kami tinggal ,mujur diorang berdua ni riuh juga :)
 
 

masa ni photographer tengah snap gambar kami sebab tu mata pandang lain.
 



dalam sedih-sedih aku mampu juga ketawa tengok gelagat sorang -sorang kawan aku contohnya macam ni...

 


 
keceriaan ikhlas dari muka cik wawa betul-betul buat gambar ni "hidup"
teringat pulak aku peristiwa cikwawa bergambar sambil angkat ketiak :)
 
 
 
kijah yang selalu excited, lepas ni mesti kita susah nak jumpa.
kijah orang sabah, sama macam irfan .
 
tapi masa yang ada, dan orang yang ada disekeliling kita harus diserikan dengan  keceriaan
jadi masa dalam dewan aku sempat snap picture ni :)
 
 masa ni aku ingat, aku ade terflash sekali muka mimi, kesian kat mimi hehe, susah kalau orang dah besar perangai dok nak terkinja-kinja lagi ;P
 

 
gambar ivy, buat kenangan dia anggap aku kawan baik dia katanya
aku hargainyaaa..:)
masa dalam dewan tu aku giliran aku 265,cikwawa 266,mimi 267 dan wawa 268 . suasana dewan gamat bila lagu congratulation dimainkan, aku ingat ade campak2 topi rupanya tak ada, nak main campak-campak kat luar rupanya hehehe. so masa tu gambar dengan letupan belon dan lagu congratulation ,aku nak berterima kasih kepada budak kos eletrik kot belakang aku tu yang ceria sangat orangnya sampai aku tergelak-gelak tak ingat dunia , setiap kali nama manusia pelik-pelik disebut diorang ulang-ulang dengan suara yang pada pendengaran aku kelakar, hehe bagi korang aku tak tahu. terima kasih bagi semua yang menceriakan hari itu
 
 
 
 
 
 
semua kekinjaan tadi aku sambung di luar dewan.
tapi tak lama sebab adik aku hilang. aku perlu bersabar  -.-'
 
lepas jumpa je adik aku, aku pergi join yang lain buat photoshoot di depan dewan satu lagi. daripada shoot berdiri gaya bebas, duduk, sampai baring kami buat.
jap jap yang baring tu tak jadi.. aku siap baring dah tapi aku segan photo-g cakap macam susah je nak baring-baring sebab kami tak ramai sangat nak buat curve so kami duduk jer.. dari atas bukit sampai bawah bukit. kesian pipah hajat dia nak photoshoot depan waterfall tak sampai sungguh kesian tapi masa tu ramai dah penat nak turun ok je , nak naik je takut tak sanggup :')
 
jadi sekarang ni aku tak boleh nak cerita banyak, nanti gambar dapat aku update lagi.
salam sayang buat korang.
 
by the way, ini kejayaan kita sama-sama tau :)
 
 
 
 

siri cerita separa seram : villa nabila dan awek kereta sebelah

okay sebelum aku nak cerita ingin aku tegaskan cerita ni tak seram pun, ni cerita pengalaman aku je, tiada unsur tokok tambah jadi cerita ni mungkin takkan best pun untuk dibaca , kalau anda mendambakan lebih maklumat harap tekan pangkah untuk mengelakkan  ketidakpuasan hati pada jalan cerita ini.
kisah ni terjadi masa aku ke johor baru-baru ini. aku tak cerita kat sesiapa sebab aku terlalu busy dengan konvokesyen .
 
 
kisah 1 : awek kereta sebelah
14 oktober
 
petang tu kami sesat selama 3 jam, kami macam berpusing-pusing ke jalan yang sama. secara logiknya memang patut pun sesat sebab tak de gps, di situ banyak jalan one way.
 kami hampir putus harapan, aku tak sedar benda ni sebab aku terlalu penat, cuma adik aku aiman (10 tahun) dia yang masih aktif dalam apa jua keadaan. aku tak kata aku percaya adik aku ni, aku faham budak-budak ni kuat berimiginasi. setelah ditolong oleh wawa, kami check in di hotel kemudian lepas ambil kunci abah ajak wawa, mak wawa dan adiknya pergi makan, selesai makan, cuaca ketika itu biasalah basah baru lepas hujan (dan masih rintik-rintik) . masa abah memandu nak balik ke hotel semula, tiba-tiba aiman goncang-goncang bahu aku macam takut.
 
 
 aiman :kakak.. kakak tengok muka dia kak macam hantu.
aku: tak ada apalah mannnn.. eishh kau ni (aku marah sebab aku
penat, malas nak layan pun ye jugak)
aiman:kak ko tengoklah kak.. (suara mendesak)

aku pun toleh, mula-mula aku tengok tak ada rasa apa sangat. lepas 10 minit aku tengok aku terdiam sekejap.  dia diam je, rambut panjang, duduk ditempat pemandu, aku tak nampak tangan dia dekat tempat stereng(so aku anggap di letak tangan kat bawah sekali so terlindung (fikir logik).muka tak ada garis senyum . korang faham tak apa aku cuba sampai kan? bibir kita ni, walaupun kita tengah senyap ke senyum ke, pasti ada garis mulut menunjukkan reaksi. mata pandang suku depan suku bawah. aku sendiri tak dapat pastikan dia pandang mana. umpama statik. aku tak sedap hati , aku terus pandang depan, aku bukak keropok, aku ajak adik aku makan supaya dia tak payah pandang perempuan tu tadi .okay tamat kisah 1....

 
kisah 2 : villa nabila
 
 
 
okay kita zoom dekat sikit
 

 
15 oktober

kami baru balik raptai, wawa aku dan ecah saja . kami merancang nak keluar berjalan-jalan wawa sebagai driver aku di tempat duduk sebelah pemandu dan ecah di tempat duduk belakang.
 
wawa: korang pernah dengar pasal kisah villa nabila tak?
aku: pernah nampak kat facebook, tapi aku tak baca pun.. kenapa wawa?
ecah : pernah tapi kat facebook je la.
wawa: nanti aku tunjuk kat korang .
 
aku :(menarik ni)ohh villa nabila dekat jb rupanya..
 
 
topik tergantung macam tu je, sepanjang perjalanan kami berkongsi kisah pasal diri sendiri, gelak-gelak. tiba-tiba kami melewati satu shopping mall yang tak siap namanya kemayan kalau tak silap. menurut wawa,shopping mall itu berhantu aku tak berapa jelas sangat sebab otak aku dengan tiba-tiba teringatkan kisah villa nabila. biasalah aku ni jenis suka mencungkil benda-benda macam ni walaupun aku adakalanya penakut, adakalanya berani. sikap ingin tahu aku sangat -sangat tinggi.

 
 
kisah ni version dari wawa aku memang tak tahu langsung sebab kisah kat facebook ni aku tak baca
 
 
misteri villa nabila : dulunya tinggal seorang budak kecil bernama nabila berumur dalam lingkungan 8 atau 10 tahun aku tak berapa ingat. dia kehilangan ibu bapanya dan harta peninggalan ibu bapanya jatuh ke tangannya. dia dijaga oleh orang gaji sebelum dibunuh , katanya untuk merebut harta si nabila.
okay itu saja yang aku tahu, kisah sebenarnya wallahualam ALLAH saja yang tahu. kisah dia ni banyak version.
 
 
okay apa yang aku nak cerita melalui pengalaman aku sendiri ialah, aku tengok villa nabila secara live dan  memangnya seram, rumahnya aerlindung dengan pokok-pokok , nampak sikit sahaja bahagiannya. biasalah rumah tinggal. mazidul akmal sidek pun pernah ke situ untuk mencungkil kisah yang sebenarnya. dari video yang aku tengok rumah tu banyak penagih dadah yang datang, jadi jika tak ada hantu nabila yang kononnya mati dibunuh tu pun, "hantu-hantu" atau mayat hidup yang datang ke situ dah cukup buatkan rumah tu berhantu.
 
 
 
 

 
 
p/s: setiap tempat ada rahsianya :)

preview convocation day : kesukaran ?

kehilangan aku selama beberapa hari ini bukanlah kerana aku disorok hantu mahupun di serang raksasa . aku sebenarnya pergi menghadiri konvokesyen kali ke 49  di UTM skudai. jadi dengan hati yang gembira dan bersyukur kepadaNYA aku nak umumkan, aku secara rasminya telah bergelar graduan tanpa pekerjaan! :D
tapi dalam entry ini aku belum nak cerita pasal konvokesyen aku...aku nak cerita pasal pengalaman dan kesukaran yang terjadi sepanjang aku disana.
 
 
 
 
terimalah gambar preview ini ceh preview sangat :)


 
 
dalam 3 hari ni banyak benda-benda jadi yang boleh menjadi teladan kepada kami sekeluarga antaranya
 
 
1)belilah gps jika hendak berjalan jauh
 
ini adalah satu nasihat yang berguna buat kita semua , janganlah membajet diri tu serba tahu umpama google map. sekarang ni dah tak ada pepatah , malu bertanya sesat jalan, kalau boleh janganlah tanya kepada orang di tepi jalan sebabnya. ahad lepas (14 oktober)abah dengan yakin menempuh jalan raya, bertanya orang-orang ditepi jalan, tanya 3 orang.. 3 orang telah menyesatkan kami selama 3 jam . kami sampai pukul 4 di skudai,
 
tapi tahukah anda kami check in hotel pukul 7 ? tahukah anda? tahukahhh? dan aku sempat sesat sampai ke perling, hampir memasuki senai aiport, hampir sangat nak termasuk lorong balik ke kuala lumpur, semuanyaaa adalah hampir. dan pukul 5 setengah sempat sesat ke hotel s.bee yang ku sangka suan bee hotel di tampoi indah. ini semua adalah kejilakaan yang berlaku. gua dah excited siap update kat twitter masa tu -..-

 
setelah aku sedar yang wawa duduk johor bharu (jem gila aku ni, sampia lupa wawa duduk johor hehe) , aku telah menelefon  wawa  lebih pantas dari kilat . masa tu wawa baru balik dari batu pahat melawat adiknya di plkn kemudian sempat bershopping daripada wawa belum start shopping di angsana, sampailah wawa habis shopping aku dan keluarga masih di ambang kesesatan, ada galaxy tab pun tak guna, gps tengah jilaka masa tu. yer aku sebut jilaka.
 
 
 
 
 2)siapkan payung sebelum hujan
 
abah tak bawak payung, there's no payung in my car, masa keluar bertanya, aku kuyup. sekarang musim hujan, jadi siapa-siapa tak tahan hujan sediakanlah payung.


 
3)bawa bekalan makanan yang cukup
 
ini semua terjadi kepada aku, gara-gara abah taknak sesat kami cuma sarapan maggie untuk sarapan keesokan paginya . aku menerima dengan redha. sebab bawah tu restoran cina semua, segala tulang porkk bersepah, restoren macam mewah, tapi pengunjung sesuka hati campak tulang pork tepi jalan. me is geli.nak muntah pon ade. akibat tiada kedai melayu yang dekat, kami nekad makan maggie.
 
 
 
 
alhamdulillah , setelah kesukaran yang terjadi aku dapat juga menghadiri konvokesyen pada 16 oktober 2012 .
 
 
 

gambar preview 1 lagi btw aku yang tudung hijau tu, serabut kan? yerr serabut sebab lepas cari adik aku yang hilang.

 
 
 
dan ini gambar masa tudung aku tengah elok.
jadi inilah aku , si gemuk, berisi yang chubby serta pendek.
 
insyaallah aku cuba kuruskan diri ini, ramai dah tegur aku belon.
 
 
next time bila dah complete gambar aku update pasal hari konvo pulak tau :)
 
 
p/s: yang tengah penat sebenarnya ; una.
 
 































October 13, 2012

kisah mencuit hati : aku dan diari :)

aku pernah mempunyai diary dulu , sebab dulu diary macam soooo in dengan kehidupan manusia. tapi tidak sekarang, sekarang orang dah blogging kahkahkah tapi tak semua orang yang biasa menulis diari akan berhenti menulis diari. tidak sama sekali. contohnya macam mama aku, dia salah seorang yang mempunyai diari.
dan aku pernah baca diari dia (itu dulu time aku budak-budak) budak budaklah sangat umur dah belasan tahun hehe. diari mama yang aku baca ialah diari disaat aku belum lahir lagi , didalam kandungan dan selepas aku lahir kedunia.
 
 
 
 
 
 
untuk pengetahuan korang, mama dan abah susah payah nak dapatkan anak (tolong jangan pikir kotor) hampir 2 tahun perkhawinan baru aku keluar. ya aku anak pertamaaaa, akulah juara :P . apa yang aku baca tak banyak, mama bukan jenis mencoret-coret diari sangat, dia cuma tulis gaji dia berapa ketika itu sebagai nurse dan abah sebagai polis. aku agak terpegun dengan mama , sebab dia boleh survive dengan gaji yang sebegitu kecil. mama tak dapat jaga aku sebab mama dengan abah perlu kerja jadi mama hantar aku pada opah, sebulan sekali mama balik, jadi aku tidak menyusu badan, aku cuma menyusu botol (tapi itu tak menjadikan aku anak lembu) tak tak. aku anak manusia . *agak kurang ajar siapa-siapa panggil aku anak lembu ye*.
 
last sekali aku tulis diari aku tak tahu bila, tapi aku rasa macam bodoh bila aku fikir balik apa yang aku tulis kat dalam diari tu, ini antara petikan -petikan yang aku tulis ketika aku ada diari..
 
diari 9 tahun
kucing aku comel tak balik rumah harini, aku sedih sangat ni semua salah atuk sebab atuk tengking comel, mesti comel merajuk. sesiapa yang baca diari ni tolong cari kan kucing aku yaaa? *muka menangis * :(
kemudian bila selak bahagian depan sekali ade tulisan
siapa baca diari aku ni HARAM, ALLAH LAKNAT SIAPA BACA DIARI AKU.
jangan baca kalau taknak bertukar jadi KATAK!
 
 
 
 
 
-.-' aku taktahulah siapa nak baca diari aku yang sungguh bersemangat menyumpah orang kalau baca jadi katak? WTF?!. dalam rumah tu aku sorang je budak-budak , yang ada opah dengan atuk je . dah sah-sah aku mental masa kecik dulu. kahkahkah. (jangan gelak , aku sorang je boleh gelak!)
 
 
 
jadi ape pengalaman korang dengan diari korang? kongsi la dengan aku, boleh kita ketawa bersama mengenang kebodohan diri .
 
 
 
p/s: bila aku menaip ni aku terkenang zaman kanak-kanak dan aku rindu zaman kanak-kanak aku sebenarnya.

October 12, 2012

Review demessyme :)

aku sangat excited untuk memperkenalkan satu blog baru aku  demessyme.blogspot.com .demessyme ini blog dimana aku menulis dalam bahasa inggeris sebabnya gen melayu aku kuat sangat sampai aku rasa kelu nak bercakap bahasa inggeris jadi blog demessyme akan jadi sebagai pusat latihan PMR untuk aku berbahasa inggeris, memperkayakan vocab , grammar , idiom dan apa-apa yang patut aku perkaya kan, tak lupa juga perkataan urban yang aku rasa in dan tidak melanggar tata susila kemelayuan *duduk sopan* dan jati diri anak melayu.
 
 
 
memang sesuatu yang bermakna takkan datang dengan mudah,
sama macam  kebolehan berbahasa inggeris ni tak semua orang dilahirkan dengan
latar belakang yang berbahasa inggeris, i'm one of them.
untuk mencapainya perlu sedikit usaha, jadi mahukan anda berusaha bersama-sama saya?
 
 
jadi korang yang dah terrer gila berbahasa inggeris ni bolehlah memberikan sokongan dengan mengkomen etiap entry yang aku taip di blog baru tu, mana salah grammar aku betulkan okay? . aku ni jenis cepat keliru , time aku ajar adik aku ingat segala rules bahasa inggeris , tapi bila tang speaking tu spoil habis, gagap .. lambat bak kata orang maggie pun boleh kembang tunggu aku habiskan ayat. macam tu lah cerita dia hal aku dan bahasa inggeris aku.
 
ade orang suggest aku buat  vlog, tapi tahukah korang muka aku ni tak sesuai nak jadi vlogger? memang aku akui bila kita praktis dengan bercakap ni, kita jadi lebih fluent berbanding kita menulis. alasan aku tak vlog sebab aku tak ada video camera yang cantik, webcam laptop aku ni pun kamera stok campak longkang je.*terlebih jujur pulak aku ni*
 
 
jadi korang-korang yang baik hati meh follow blog baru meh
 
 
ingat .. demessyme.blogspot.com.. ingat tau! *gelak* yang tengah free tu ape salahnya
klik nuffnang aku sekali,then klik fan page kita eah. muahhh sayang lebih *gediks*

Aset kita dah cukup?


 
tadi aku bosan-bosan aku bukak youtube saja cari bahan sebab aku nak belajar bahasa inggeris nak perbetulkan grammar aku, tapi tiba-tiba lain link yang aku tekan lain yang keluar, biasa terjadikan ?  di redirect ke tempat lain. aku terbuka video atas ni mula-mula aku ingat ni video biasa, ada tulisan-tulisan beritahu tanda kematian ,bila aku tengok eh movie rupanya jadi aku layan. korang dah tengok kalau dah tengok boleh tengok sekejap je bukan lama pun cerita ni
 
 
 
mati itu pasti tak kira kita muda atau tua, kita tak tahu bila kita mati, banyak part dalam cerita ni buat aku terfikir berapa banyak agaknya dosa aku kan? dosa dengan mama abah, dengan kawan-kawan dan yang paling aku takut dosa dengan ALLAH :'). ni kisah keluarga kaya dan keluarga miskin  dua dua diuji, yang pertama diuji dengan kekayaan melimpah ruah yang kedua diuji dengan kemiskinan tapi apa yang aku nampak watak miskin dalam cerita ni tak nampak miskin pun sebab apa ? sebab dia tak mengeluh dia bersyukur apa adanya, sentiasa tersenyum dan berani pulak tu nasihatkan majikan dia si kaya yang lupa diri.
kalaulah kita jadi si miskin itu agak-agak kita berani tak nasihatkan majikan kita macam dia? mesti kita tak buatkan  sebab takut kena pecat dah sah sah kita diam dan ikutkan saja bos kita tu.
 
 
 
setiap kali  aku tengok gambar bumi, aku akan jadi gerun dan takut aku tak tahu kenapa memang dari dulu aku macam ni
 
lepas tengok video aku jadi termenung kejap rasa sebak tiba-tiba.
aku kena mengaku satu benda aku baru belajar pakai tudung sepenuhnya. ya aku baru saja berjinak-jinak nak sentiasa bertudung ketika keluar rumah , dalam beberapa bulan aku duduk dirumah ni banyak dah mengubah aku (ni bukan cubaan memuji diri) gambar-gambar aku di post -post lama pun aku dah padam . dan sebab itu jugaklah aku jarang letak gambar di blog ni, dan boleh kata gambar aku bertudung boleh dikira dengan jari aku ni jenis jarang keluar rumah sebab aku rasa tak perlu keluar kalau tak ada benda nak dibuat, masa zaman belajar di kuantan je aku rajin keluar tu pun sebab aku lapar dan nak makan (aku memang cerewet bab makan kotor sikit aku taknak) selalu kawan aku salah anggap ingat aku dating, mereka fikir aku hari-hari dating sedangkan aku dengan boyfriend aku keluar makan je lepas tu balik nak buat macam mana orang tak bertudung macam aku (ketika dulu) yang selalu keluar dengan boyfriend di label budak tak baik sebelum mereka kenal aku aku kena label bukan-bukan  sedangkan aku bukan taknak bergaul dengan mereka -mereka tu tapi aku ni pemalu sikit (di dunia luar) , aku kenal bf aku dari sekolah menengah jadi itulah salah satu faktor aku rapat dengan dia bukan setakat bf dia jugak bestfriend aku sebenarnya.
 
jadi semenjak aku habis belajar , aku nekad nak berubah sebab aku nak orang pandang aku dengan pandangan yang baik bukan memalit aku dengan pandangan tak baik, sebab bukan aku saja dapat nama busuk mak  ayah aku jugak nanti aku taknaklah sebab aku mak ayah aku dikutuk orang . eh tapi jangan salah sangka tau, faktor utama aku terasa nak berubah ni kerana ALLAH sebab berubah kerana manusia takkan kekal lama perubahan itu  (aku tahu tu). 
 
semoga iblis dan syaitan resigned dari menggoda aku . jangan gelak . ini  adalah secebis harapan dari aku, walaupun aku tahu iblis dan syaitan takkan resigned menggoda anak cucu adam sehingga ke liang lahat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: semoga kita semua selamat dari seksaan neraka.
 
 
 
 
 

October 11, 2012

aku masa lalu dan kereta :)

 
dulu semasa aku masih kecil aku selalu tertanya-tertanya kenapa pakcik makcik aku kalau berkumpul je cakap pasal kereta, asal berkumpul je cakap pasal kereta.dan selalu jugak aku dan sepupu-sepupu aku bergosip (sila bayangkan budak 8 tahun bergosip macam mana)tak jauh beza pun dengan orang dewasa gossip ,bezanya orang dewasa gossip nak kasi jiran tetangga dengar dan budak-budak gossip main bisik-bisik kat telinga
 
 
 
fadhilah : ijat betul ke bapak ko nak beli kereta baru?
aku: entah aku mana tahu, mana ko dengar?
fadhilah : aku dengar bapak ko sembang dengan tadi.
aku : ohhh, hurrmm pelik orang-orang tua ni kan?
fadhilah : haah pelik, buat ape beli kereta banyak-banyak satu
           cukuplah kan boleh pakai lagi..
aku:  haah orang tua ni membazir kan?
 
 
 
okay itu adalah aku satu ketika dulu. pergh nampak tak sikap terpuji tu?okay mengumpat tu bukan sikap terpuji tapi sikap berjimat cermat aku sewaktu dulu memang boleh diberi pujian tahu?.
 
 
sekarang ni bila aku dah besar baru aku faham kenapa mak ayah aku suka sembang pasal kereta , baru aku faham bila keinginan memiliki telah muncul di sanubari ku.*ayat puisi  A samad said lagi*
mohon jangan diminta royalti  :)
 
 
aku pun dah terupdate satu lagi kereta impian aku yang memenuhi citarasa dan kehendak aku, cuma  tak memenuhi satu je , poket. sekarang ni sebagai manusia yang sentiasa berfikir aku nak lah start dari sekarang buat apa yang patut demi yang dihajatkan.
 
Dan kereta itu ialah....




FORD FOCUS !!!!!
 
dengan izin ALLAH aku akan cuba dapatkannya, ini semua bukan tujuan berlagak tau ini semua adalah keinginan dan kehendak sendiri, aku tak pernah meletakkan sesuatu kehendak untuk menunjuk-nunjuk bagi aku kehendak aku tu sebagai hadiah untuk diri sendiri, hai nur izzati husna, sila usaha lebih lagi untuk diri sendiri ye? nanti jangan lupa hadiahkan diri sendiri benda-benda baru. *monolog dalaman*
bagi aku inilah bahagia,inilah hiburan aku, aku tak perlu ke kelab malam untuk berhibur,aku cuma perlukan diri sendiri .
 
 
 
 
 
 
p/s: membeli pakai duit sendiri adalah lebih manis :)





Apa jenis kereta ni? sila jawab please please......


 
waktu-waktu senggang dan lapang aku akan tengok video-video
vlogger yang speaking english dengan harapan supaya grammar aku bertambah baik
english  bukan bahasa ibunda aku, dah terang-terang lagi berspotlight aku ni malay
bukan campuran dan sekolah rendah  dulu pun sekolah kampung sebab duduk dengan opah dan atuk jadi aku ni kategori gadis kampung la ni.
umur aku 13 baru aku duduk dengan parents aku sebabnya  opah nak pergi haji :') dey achi!!! ni nak cerita pasal ape ni melalut pasal kisah hidup kau pulak ni?  *tepuk dahi*
jadi antara vlogger yang aku suka tengok ialah jinnyboys  ENGLISH and Manglish (sebab diorang suka cakap campur), Anuar hadi , Maria Elena dan  daiyan trisha (ada 1 je video dia bercakap, yang lain semua dia menyanyi  tapi aku adore dia sebab dia agak fluent)
banyak  juga ilmu yang aku dapat ceduk , aku duduk kat rumah ni tak tahu nak speaking dengan siapa nak jadi vlogger jugak memang harapanlah  dulu masa form 4 aku ada kawan nak speaking sekarang kami sudah lost contact dia pindah tsk tsk :')
 aku adalah jugak teringin nak cakap depan laptop
pura-pura hot (ada ke camtu?) ...
 tapi selalu jadi version kak maria elena tapi dia version cute
aku punya version muka mintak kena langgar dengan lori tayar 16
blog pun malas nak update, edit video pun tak reti :O


kak maria elena buat muka pelik tapi she still looks cute :)

\
yang ni version gegadis gorgeous. 
 
 
aku amat ingin mencontohi kejayaan dia sebagai engineer disebabkan aku berada dalam bidang yang sama engineering jugak cuma aku civil engineering.
tapi next time mana tahu hatiku terbuka untuk menjadi vlogger kan?
mungkin aku akan ada banyak haters lepas tu sebab muka aku yang tak berapa nak cantik.  *gelak kat diri sendiri*

 
oh by the way , sebenarnya aku nak tanya korang ni dah alang-alang post entry ni kan.. cuba korang tengok video dekat atas
apa jenis kereta yang perempuan cantik tu guna  ya?
aku rasa jenama ford tapi aku tak tahu model ape
aku tiba- tiba berminat pada kereta tu tengok pada saat 1.02 .
 
 
 
 
sama tak ? cuba komen.. thank you.
 
 
 
 
p/s: nak tanya pasal kereta termelalut pasal kisah diri sendiri dan idola dia pulak =-='
 
 
 
 

🎁New Year 2025 Gift Box