April 30, 2015

Cyber Bullying,bantah GST dan Sedekah Pahala





aku tak pernah faham kenapa perlu ada sikap sikap "suka membuli" dalam kalangan malaysia ni.
benda ni dah lama, dari kes budak budak video yang dimalukan teruk sampai  kes terbaru melibatkan peserta dewi remaja. pernah tak terfikir tentang emosi dia? apa yang dia buat sampai perlu dimalukan begitu sekali?  tak memahami GST bukan satu DOSA besar . kita kena terima hakikat bahawa ada sesetengah daripada kita sibuk kadang kadang tak ada masa pun untuk diri sendiri. ada je yang jenis tak tengok berita. wujud golongan sebegini. well at least, dia tak membahayakan atau menganiayai orang lain . Malaysian should stop giving attention to unnecessary thing. Banyak benda lain yang korang boleh buat, boleh contribute to the nation and of course yourself. contohnya membaiki diri, cari cara nak hapuskan gst contohnya dengan buat bantahan di bantahgst.com 
kan lagi elok? Banyak sangat ke pahala awak tu yang awak nak "sedekah" pada dia?



kalau dulu aktiviti umpat mengumpat ni kat kampung je banyak, dunia dah modern patutnya benda benda macam ni stop. The question is " WOULD YOU STOP?"

elakkan bercakap benda kita tak tahu, elakkan timbul fitnah.
kalau hati tu meronta ronta nak cakap jugak ask yourself these question.

1. kalau aku sebarkan benda ni apa manfaat yang aku dapat?
2. adakah dengan bercakap tentang hal ini dapat tambah ilmu pegetahuan aku?
3.Bila aku bercakap tentang ni effect tak pada dosa pahala aku?
4.Kalau aku tak sebarkan benda ni adakah ia mendatangkan kerugian pada aku dan negara?



bukannya apa , fikir dari sisi seorang manusia . awak pun selalu buat silap, apa perasaan awak kalau kesilapan awak dan kesalahan awak di HIGHLIGHT di seluruh media sosial?


dunia ni kejap je, jangan sampai kena merangkak kat padang mahsyar nak cari dia balik.

aku perasan rakyat malaysia ni banyak yang hati dia SAMA. kalau bab mengumpat no 1. kalau sehari tak mengumpat orang jiwa tu tak tenteram. 
bahaya "penyakit" ni. jaga hati jaga lisan. 

sekian,
assalamualaikum.




P/s: Stop cyber bullying.

April 28, 2015

My Bawal Project Review





sabtu lepas seperti mana aku bagitahu di entry lepas aku ada urusan di shah alam iaitu di sacc sebelah setia city mall. pada sabtu dan ahad ada booth booth di buka disana, macam macam ada jual antaranya makanan, pakaian, aksesori, tudung pelbagai jenama,t shirt lelaki even tempat memanah pun ada. aku melewati satu booth iaitu booth tudung , setelah di ajak oleh dia aku berenti la kat situ. terbalik kan? patutnya perempuan yang berhenti, ni dia yang berhenti. dia nak sangat tengok aku pakai bawal macam mia ahmad tu.orang nak belanja, kita ambik jelah! :D. bawal satin jenis kain berkilat tu.ini bawal tersebut , kualiti memang tip top tak tipu. aku tak ada nak puji  saja saja ya. kalau tak elok aku tak review. lagipun aku bukan blogger famous , entry ini BUKAN entry berbayar. jadi jangan risau :D


warna puprle tu material dia cotton crepe, warna dia cantik aku suka, and gold ni bawal satin lebar gila sesuai untuk menutup dada anda  saudari sekalian.


ni cara nak contact my bawal project. support bussines sesama kita .
sama sama maju sama sama berjaya gittew

ni test pakai je, sorry aku memang spesis serabai sikit. terimalah beta dengan hati yang terbuka
hahahah.salah satu sebab aku tak suka pakai bawal ialah sebab pipi tak boleh sorok,
but anyway i love both colour sebab dua dua warna nampak macam cantik di mata aku.


sekian itu sahaja entry review kali ini.


P/s:nak  download movie tak lepas lepas ni! :D 



April 27, 2015

Jalan jalan dan Hujung Minggu Penuh Semangat

Hari sabtu dan ahad lepas aku telah menghabiskan masa menatap setia city mall kesayangan hati. Aku memang spesis clingy , kalau dah suka satu tempat tu ku akan datang situ tanpa jemu, Mungkin atas faktor kebersihan mall dan kejuruteraan tandas bak kata kata amran fans, yang menarik aku untuk datang ke situ. iolzz tak suka spesis tandas klcc, pavilliion dengan sunway pyramid. Rasa macam azab gila guna tandas macam tu. sebenarnya aku datang sana atas ebab aku nak menonton age of ultron dan ada seminar pada ahad 26 april 2015 iaitu semalam dekat sacc sebelah dengan setia city mall tu. 
ini kejadian waktu hari sabtu dimana sebelum menonton age of ultron, aku jalan jalan depan booth tu
eh eh ada puding strawbery dalam botol. katakan siapa yang tidak terpikat? hahaha

tengah jalan jalan dia ajak pergi booth ni. ajaib tak bila seorang lelaki yang berhenti di booth jual tudung ?
dia kata, dia teringin nak tengok aku pakai bawal satin macam mia ahmad tu pakai.
so orang nak bayar ko tak payah la brlagak suci , ambik saja. rezeki jangan ditolak. so aku ambik 2 helai, satu
warna gold satin, satu bawal cotton crepe purple :D

"terima kasih daun keladi"
lain kali offer la lagi "
hahahaha



Yang buku belakang tu dapat percuma, yang depan ni aku beli rm25 je ;D
seminar yang aku pergi tu adalah anjuran richworks , mentor dia seperti semua tahu ialah dr azizan sendiri dan ada guest artis iaitu afdlin shauki,.sebelum ni aku banyak kali dengar yang dr azizan bagus tapi tak pernah tergerak hatitu nak pergi, satu hari aku nampak dekat facebook ada orang like page dia. eh eh dia ada buat seminar dekat 8 lokasi! aku pun pergi website dia dan tengok tarikh dah berapa jumlah bayaran dia. biasa kalau kita pergi seminar ni  ada yang sampai beratus tapi lepastu nanti dia keluarkan slideshow tak habis habis tapi seminar ni tak. aku pun "gamble" la. okay takpe aku try pergi dulu mana tahu okay? bayaran dia rm50 seorang. kalau korang pergi bertiga kena bayar rm30. aku buat bayaran 2 minggu sebelum pergi. lepas bayaran akan dapat sms confirmation. sms tu yang korang kena tunjuk di hari seminar untuk masuk. Dengan bayaran rm50, korang dapat ilmu , sebuah buku bernilai rm45.90 dan air mineral. bagi aku seminar ni berbaloi . sangat sangat berbaloi. 
afdlin shauki pun berkongsi tentang bussines dia , yang dia setup setelah berjumpa dr azizan. dia bermula dari zero untuk syarikat dan bussines itu. baru semalam aku tahu bahawa dia pengasas pelikat pants yang orang dok tiru sekarang ni. 


aku bercadang nak ikut imkk(intesif magnet kekayaan dan kejayaan) satu lagi kursus yang lebih gempak bimbingan dr azizan. bulan mei akan diadakan di cheras selama 4 hari 3 malam. makan minum tanggung sendiri tempat tinggal not sure tapi aku rasa mungkin disediakan. korang boleh tengok dia website dia sendiri okay? kalau banyak duit boleh lah ambik hot seat iaitu super supreme (seat depan). tapi tak tahu sempat ke tak nak join super supreme. kalau tak dapat bulan depan atleast tahun ni target aku nak join imkk super supreme. mudah mudahan ada lagi. amin.


Waktu seminar tu dia tayangkan sebahagian anak murid dia yang berjaya yang kaut untung juta juta setahun a. ada yang 10 juta setahun ada yang 1 juta sebulan. mungkin sebab semangat diorang yang berkobar kobar dan ilmu yang betul buat diorang berjaya macam tu. 


banyak jutawan muda rupanya sekarang. antaranya founder mood republic yang turut hadir semalam, kemudian ida hassan, pemilik anis moist cake , dan ramai lagi. serious korang akan terkesima eh eh bestnya kalau dapat macam ni.!


semoga orang atas ni juga jadi jutawan muda amin, Hahaha verangan pula kita. eh berangan takpe
janji usaha kena ada :* 

aku tertarik dengan kata kata dari dr azizan 

"untuk menang, tiada siapa perlu kalah "

P/S: Okay nak baca buku belum habis lagi ni.

Movie Review : Marvel Avengers (Age Of Ultron)









pada permulaan plot cerita iron man dan team avengers yang lain telah menyerang sebuah tempat dimana cokmar loki disimpan. disana mereka telah berjumpa dengan 2 beradik kembar lelaki dan perempuan yang mempunyai kebolehan istimewa. quick silver dan wanda  maximoff. quicksilver mampu bergerak pantas sepantas cahaya dan wanda mampu menyihir dan memukau mangsanya dengan memberi bayangan kepada mereka. Dalam pertempuran itu  walaubagaimana pun berjaya dimenangi team avengers. tony stark kemudiannya  membawa cokmar di makmal untuk dikaji. 
tanpa pengetahuan team yang lain, tony meminta bantuan dr banner (hulk) untuk membuat penelitian lanjut ke atas cokmar milik loki. Mereka telah mereka "ultron". pada malam party untuk menjayakan kemenangan mereka, ultron telah muncul hingga menggemparkan party malam itu. ultron mahu melenyapkan seluruh manusia di muka bumi. beliau telah bekerjasama dengan sikembar untuk mebalas dendam kepada tony. serangan demi serangan berlaku di tempat awam. dengan kuasa ultron dan sikembar, hampir mustahil untuk mereka mengalahkannya. ultron mahukan badan sel tisu manusia untuk membuatkan kuasanya bertambah hebat dia juga membuat seberapa banyak salinan dirinya untuk memusnahkan penduduk bumi. si kembar yang kemudiannya mengetahui niat jahat ultron telah berubah fikiran. tony kemudiannya mencipta satu lagi ciptaan yang kuasanya menyamai ultron dari sel tisu manusia. mampukah ironman,hawkeye,black widow,captain america,thor, quicksilver dan wanda mengalahkan ultron?
pergi tengok segera ! :D 

genre : action 
star : 10 out 10 star
cast :  Robert Downey Jr  as tony stark (ironman)
Scarlett Johansson as Natasha Rumanov (Black Widow)
Jeremy Renner as Clint Barton Barton (Hawkeye)
Chris Evans as Captain America
Christ Hermworth as Thor
Mark Ruffalo as Dr Bruce Banner (Hulk)
Aaron Taylor Johnsson as Quicksilver
Elizabeth Olsen as Wanda Maximoff
James Spader as Ultron



April 23, 2015

my life as an art enthusiast




aku adalah peminat seni unvisersal. aku amat menghargai benda benda yang " indah" benda yang mampu "usik' hati aku tanpa mengira negara . tak kisah la dari negara mana. aku tak kisah apa bentuk seni tu mungkin sekarang aku lebih kepada movie ,drama and lagu.



untuk cerita melayu ada beberapa cerita yang boleh buat aku menangis sampai habis bantal bantal basah. tapi ianya bukan ombak rindu. aku suka tengok cerita p ramlee and cerita zaman zaman mr os dulu. cerita zaman sekarang susahlah nak hook ada la 2,3 aku suka tapi tak terkesan di hati pun. sorry :)


aku rasa malaysia ni ada season demam drama dia. untuk drama sepanyol kegemaran aku ada banyak la gak sampai ada yang aku tak ingat tajuk pun.


antaranya ialah

no es comolo pintan
rosalinda
betty yo soy la fea



antara drama sepanyol ni adalah 2 lagu aku minat. satu cerita dia aku tak ingat langsung. tapi aku ingat lagu dia. bila dengar hati ko rasa macam kena panah bertalu talu. tak tahu kenapa nak feeling broken sorang sorang . bukan aku paham pun maksud dia. hahaha


ni la lagu yang aku dengar sampai nak feeling broken tu. haha . aku tahu phyne ballerz ada buat lagu versi melayu tapi feel dia tak sama.


yang ini pulak kalau aku dengar nak berbunga sorang sorang.
tajuk cerita ini  juana la virgin kalau tak silap. jika silap maafkan saya.


untuk demam hindustan  memang sampai sekarang. cuma sekarang ni tak semua cerita berkualiti macam dulu. tak habis habis nak tunjuk dada tunjuk otot . ingat aku hadap sangat kat muscle dengan bicep ko? emo tetiba. hahaha

cerita hindustan aku paling suka ialah
kuch kuch hota hai, one two ka four, phir bhil dil hai hindustani,
badshah,hello brother,boothnath and etc etc . nak sebut semua sampai tahun depan tak habis taip.

untuk demam thai , ada 1 series je aku sempat follow. circa 2004-2005.
ada cerita wai rai high school. lagu dia pun best .


aku ingat nama watak dia 2,3 orang je
onn,ryu, natalie,art lain semua tak ingat.



demam korea? aku pernah jadi kdrama fans.aku tak pernah obses sangat 
dengan seseorang sampai nak tampal poster kat bilik. so not me. maaf
kpoppers semua. aku jadi peminat kdrama sebelum kdrama fever bermula. sebelum everything goes viral. masa zaman aku layan korea semua orang masih stick dengan hindustan or cerita dinasti cina zaman rambut  panjang panjang lawan pedang. hahaha. aku layan gak cuma aku punya minat boleh bercabang cabang tau huhuhu. cerita fav aku dulu, cerita apa lagi kalau bukan full house. aku layan full house masa tak ramai kenal apa itu cerita full house. hehe. lepastu ada cerita 1 lagi nama dia love story in harvard. 
lepastu aku layan sikit sikit je. tak obses. tak sempat nak obses. last kdrama fever aku masa tahun 2007 .aku layan cerita sweet spy. sweet spy adalah salah satu fav paling fav aku. because the hero was extremely gorgeous. tak tipu. 
pergilah google siapa dennis joseph o neil .



and then untuk cerita philipina plak. actually banyak dah cerita aku layan . tapi baru je lagi demam filipina ni. 10 tahun lepas aku tengok pun macam tak berapa ada perasaan sangat. sebab aku tak suka cerita cinta berat sangat ni. aku suka yang masih ada kelakar kelakar. yang menangis sampai setimba air mata aku tak layan sangat. pernah sekali accidently tersangkut kat cerita drama air mata berat, kepada pengarah tersebut, aku berdendam! hahaha


yang betul betul aku suka tahun 2012 ada cerita mara clara pelakon dia pelakon remaja kathryn bernado. lepastu yang terbaru aku minat cerita got to believe dah habis dah bulan lepas. pelakon dia katherine bernado gak dengan dia punya in real life bf daniel john ford padilla :D


untuk cerita orang putih aku masih sangkut sampai sekarang which is i prefer tengok di cinema. lebih seronok. 

tak boleh nak list banyak sangat. 



dari segi muzik muzik antarabangsa pulak, samala janji lagu tu ada soul and  aku layan. as for now, aku suka lagu orang putih and lagu melayu. sebab aku faham maksud dia. 


selain dari tu adalah sikit sikit lagu bahasa lain tapi tak banyak. 
ada lagu bahasa arab jugak jadi fav aku tau. 


macam mana dengan korang sharelah dengan aku! :D 


p/s: sorry entry panjang :D



April 20, 2015

How to take a picture in a flat lay?






i am new in photography. being an active instagram user and having a bussines online requires me to enhance my photography skills.flat lay is one of my new fav photography position. i could say that i am a master of making someone looks pretty on screen. I could learn their best angle in a few minutes but in a flat lay i am a total noob. 



To shoot a best picture in a flat lay , you need to have at least one piece of white hard card board so you can throw out your best clothes and accessories on it. with a little adjustment here and there, you will have multiple of good pictures to be posted on social media. now, how awesome is that?


be sure to have a good lighting. if you are running your own bussines like me , you might needed your own studio lamp . it might cost you 638GBP or rm3k++ .as for me i didn't have one .. yet.but i am considering to get one of those in future. in a mean time , i use my decent flash from iphone5s to replace the studio lamp. 




P/S : Follow my instagram @unamn

April 19, 2015

Movie Review : Fast Furious 7





pada permulaan cerita menampilkan penampilan seorang lelaki bernama shaw yang penuh dengan dendam ke atas hubbs , toretto dan sahabatnya keluar dari hospital setelah melawat adiknya.Hobss telah diserang di pejabatnya  lalu menyebabkan dia terlantar di  hospital .di scene lainnya, ketika brian ,mia dan toretto  diluar rumah , rumah mereka telah dibom sejurus selepas toretto menerima panggilan misteri. dia rupanya telah diburu oleh abang kepada owen shaw yang telah ditumpas oleh mereka tak lama dahulu. Deckered shaw merupakan individu "kebal" dan cerdik setiap langkah toretto diketahuinya. ketika shaw memburu torettto, dia di bantu satu kumpulan diketahui mr nobody.mr nobody kemudiannya meminta bantuan dari toretto untuk menyelamatkan ramsey seorang pencipta aplikasi bernama god eyes dari diculik. sebagai tukaran mereka akan membantu toretto dan sahabatnya untuk memburu shaw. Halangan demi halangan mereka tempuhi demi mendapatkan god eyes. dari azerbaijan ke dubai dan serata dunia. pada masa yang sama, musuh mr nobody telah bekerjasama dengan shaw sehingga satu insiden berlaku menyebabkan god eye jatuh ke tangan shaw, Mampukah torreto dan sahabatnya menyelamatkan ramsey dan mendapatkan kembali god eye?
dapatkah torreto membalas dendam atas kematian han terhadap shaw?



tonton sekarang di pawagam terdekat.



genre : action movie
star : 10 out of 10
cast members : Vin Diesel Sebagai Dominic Torreto
                         Paul Walker Sebagai Brian O Connor
                         Ludacris Sebagai Tej
                         Michelle Rodriguez Sebagai Letty
                         Dwayne Johnson a.k.a D rock sebagai Hobss
                        Jason Statham Sebagai Deckerd Shaw
                        Kurt Russel Sebagai Mr Nobody 
                        Nathalie Emmanuel Sebagai Ramsey
                        Jordana Brewster Sebagai Mia
                        Tyere Gibson Sebagai Roman


aku sangat sangat suggest korang pergi tengok cuma elakkan kanak kanak bawah umur tengok kurang sesuai. cerita ni kisah pasal persahabatan. Part last sekali tu memang sedih. T_T

Fast and furious 7, TGIF kinda weekend



semalam aku ada urusan and kebetulan dekat je dengan shah alam .alang alang keluar tu dia ajak aku tengok cerita fast and furious 7 . Oleh sebab phone aku dah sedia ada application gsc , aku la yang tolong belikan tiket. actually kitorang beli tiket ni awal lagi sejak aku tahu ada urusan tu aku dah siap siap beli tiket(dia bayar aku tolong beli je).nasib baik semalam sempat haha. sebab selalunya perancangan aku ke laut. Hehehe. sampai sana dalam pukul 10.30 yelah bukan jauh sangat pun shah alam tu dengan rumah aku. settle urusan tu dalam pukul 11. terus kami jalan jalan dalam tu. memang tempat tu ibarat rumah kedua aku pun. masa aku tinggal kat sana boleh kata tiap tiap minggu pergi situ. kadang kadang waktu kerja pun lunch dekat situ.



guna ini bila anda malas nak beratur panjang. atau kesuntukan masa.
kalau masa tu boleh beratur barisan tak panjang lebih baik beratur sebab beli dekat gsc apps ada tax lebih sikit kalau 2 tiket je tak rasa sangat kalau bawak whole family 7 orang ke better awak beratur je ye? save duit! :D
 So after movie session selesai(fast and furious 7 was awesome) kami pun pergilah cari tempat makan. secara jujurnya sepanjang hidup aku aku tak pernah makan tgi. really. tak tahu nak kata aku takut ke apa? aku fikir tgi tu mahal sesangat sampai 2,3 ratus(yelah aku kan tak kerja,duit harap pada bussines part time yang tak seberapa ini yang inshallah akan usahakan menjadi mata pencarian aku sepenuhnya lepas ini) padahal harga dia standart kenny rogers or seol garden je.even cheaper than seol garden. pada pendapat aku la sebab aku makan berdua semalam kena rm76.59 inc tax. kitorang ambik meal for 2 person . rm45.90 je untuk 2 orang . sebab meal for 2 tu tak ada air kami kena tambah order untuk air. si dia ambik strawberry surpise and aku pulak ambik lemonade slushy. 



ini adalah chop house chicken . mula mula aku nak try taco tapi sebab perut aku lapar. aku ambik ini. memang tak menyesal ambik ni sebab rasa dia memang sangat sangat sedap. kira mahalpun kau bayar memang berbaloi.

herbs dia pedas menyengat tapi sedap. sesiapa belum cuba this menu is definitely worth it.cuba dulu baru tahu.:D


Meal untuk 2 orang ni apa kami dapat? 2 main and 1 appetizer.
untuk 2 main course ni kami berdua ambik meal yang sama iaitu chop house chicken .
1 appetizer dia aku pilih bruschetta.

Muka orang kekenyangan.hahaha! dia ni paling susah aku nak ambik gambar dia kalau dapat ambik pun dia buat muka. semalam angin dia baik so dapatlah
senonoh sikit gambar .
lepas je gambar ni diambik dia gelak macam orang gila. penat berlakon serious dia kata. Hahaha serious kalau banyak banyak gambar dia dalam gallery phone aku mesti gambar dia tengah gelak, blur dan sebagainya.

lepas makan kami sambung jalan jalan serata mall tu. dia nak belikan aku shawl satin ala ala mia ahmad tu. tapi semalam kitorang tak jumpa yang berkenan di hati.takpelah next week kan ada? kitorang keluar semalam sebab nak celebrate atas dia punya achievement. achievement apa? biarlah rahsia.


kepada yang tinggal berdekatan di setia alam, shah alam, klang dr azizan ada buat seminar minggu depan di setia convention centre .seminar start pukul 8 sampai 1 . boleh beli tiket sekarang. tiket untuk seorang ialah rm50 kalau anda datang bertiga anda perlu bayar rm30 per person sahaja. beli tiket sekarang di http://www.hidupluarbiasa.com/






P/s: tak sabar nak pergi seminar! :)

April 14, 2015

nak tips berniaga online sampai berjaya dan kisah jutawan muda umur 23 tahun


 




seperti korang sedia maklum aku dah beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan online. walaupun kadang kadang busy tapi memang boleh kata sentiasa ada. selama ni aku buat pun tak all out. sebab dulu aku busy kerja.benda tu sekadar part time je. sekarang dah duduk rumah ni itulah sumber rezeki aku. alhamdulillah. biarpun tak menentu (sebab tak all out dasar pemalas), tapi boleh kata duit mesti ada ada. betullah " 9/10 sumber rezeki di dunia ni memang berpunca dari berniaga" even kita kerja bawah orang pun bos kita tu berniaga. Sejak tahun 2010  aku terlibat dalam bidang bussines ni. mula mula bussines lens. memang laku tahap goreng pisang panas. tapi yelah, benda tu kan macam illegal. eventhough kualiti lens aku jual okay. bukan standart rm5 yang jual pasar malam tu. ada satu kes yang terjadi dekat malaysia ni menyebabkan ramai online seller bungkus. termasuklah aku sekali. Hahaha. tahun  lepas aku involve jual floral mask. terus terang floral mask memang laku. Dian , founder produk tu memang bagus dalam melariskan produk tersebut. semua orang boleh buat produk tapi bukan semua orang mampu marketkan produk mereka secara berpanjangan dan berterusan. Bagi aku produk dian ada followers dia sendiri. 

dian ni muda setahun dari aku.tapi dia dah bergelar jutawan. bukan jutawan MLM tapi hasil jualan 
produk produk dia. aku memang kagum la dengan beliau ni. untuk sampai ke tahap tu.. banyak ujian, mental kena kuat. bila kita dekat atas . pengikut kita ramai. dan haters kita jugak akan bertambah. pendengki apatah lagi. and i'm not fully prepared for that. that's why selepas 5tahun aku belum kaya kaya pun lagi hehehe


aku pernah baca satu artikel bahawa " Allah takkan beri kekayaan pada orang yang tak reti menguruskannya" Maksud dia. memang duit ada datang tak duduk lama. kejap je dia singgah lepas tu dia pergi tempat lain. 


money management aku belum kukuh lagi. lagipun aku kekurangan sumber,semangat, usaha. usaha kena berterusan dan dari segi spiritual mungkin aku belum jadi hamba yang terbaik untukNYA. jadi kena start from the bottom. start small orang kata.sesiapa nak baca kisah dian(jutawan muda)  founder floral mask dan  vitamin dianz klik sini



as from now aku tengah cuba berjinak jinak kembalilah. memperbanyakkan produk. buat masa sekarang produk jualan aku ada 2. floral mask dan h&m wide shawl. soon, aku nak tambah vitamin dianz kerana keberkesananya. aku dah cuba makcik aku dan sepupu aku pun dah cuba makan sejak tahun lepas. Hasil dia memang bagus. Dalam perniagaan ni kita kena jujur dengan customer. Jangan menipu baru rezeki mudah masuk dan   berkat. Itulah agaknya yang dian praktikkan sehingga alhamdulillah rezeki melimpah ruah buatnya. aku tumpang gembira dan bangga la. 



sebenarnya aku ada banyak orang yang memberi inspirasi kepada aku. 
kalau di luar negara.


1) Michelle Phan.

i am a big fan of her! i watch her make up tutorial every single week. apa yang menarik tentang dia? dia membesar dalam keluar immigran yang miskin tegar. kejayaan dia sekarang yang mengubah kehidupan keluarga dia sekarang. personaliti dia, suara dia yang menenangkan yang membuatkan dia ada jutaan fans di seluruh dunia! how awesome is that?






kalau dalam malaysia ni . banyak sebenarnya. tapi salah seorangnya ialah 
nurul diana mohd pudzi . pengasas floral mask itu sendiri.

she have her own products, she touch her goals in life. tapi itu semuanya bukannya mudah. Sesiapa yang dah baca kisah dia akan faham kenapa aku begitu mengagumi beliau.  



Hidup ni bukan sekadar nak kagumi orang dan kejayaan datang bergolek dekat kau. no.. dengan usaha baru kejayaan tiba . apa apa pun rezeki ni kerja tuhan. kita sebagai manusia cuma usaha yang termampu. Yang penting mindset kita mesti positif. alang alang fikir , fikir luar biasa bak kata dr azizan.















April 13, 2015

Thailand Dance Craze




Hari tu adalah tersebar meluas video video perempuan thai menari dengan music yang agak catchy ..
bukan 1 2 video tapi banyak. jadi naluri ingin tahu tu aku pun start digging.. tapi lama lama aku give up sebab thai weh sesetengah video dia tulis dalam bahasa dia. Tapi semalam tanda tanya aku tu berakhir sebab cousin aku ni salah seorang peminat thai drama.. kira memang dia follow la . rupanya punca budak  budak thai menari sampai jadi viral tu adalah daripada cerita ini. Baru keluar hgujung tahun lepas. No wonder la! :D . Jalan cerita dia cute je . nak tengok? meh tengok video di bawah




ini adalah international trailer dia. siap ada sarikata bahasa inggeris.
tengok trailer je dah lawak belum lagi tengok cerita dia. aku rasa macam nak pergi download je cerita ni. :D




Yang ini pulak part tarian diorang yang jadi viral sekarang. Anyway actor and actress dia cute kan? jatuh bergolek golek iman. cair tahap lilin dalam oven :P

Watak Utama
Ice – Preechaya Pongthananikorn as Pleng
Sunny Suwanmethanont as Gym



P/s: Jangan tiru aksi ini diluar rumah. nak buat dalam rumah je. aku suka music dia je. hehe :D

April 10, 2015

Shopping Online dan Support Local!
































Sejak 2 menjak ni aku punya keinginan nak shopping tu terlalu tinggi kalau sebelum ni aku nak shopping pun aku buat buat tak nampak je instashop instashop buat promo. saja je aku pejam mata ataupun scroll laju laju. Tapi sejak aku jadi personal shopper untuk atuk dengan opah beli barang dari goshop aku jadi macam tak keruan la kan. Aish aku ni asyik belikan barang untuk orang je .. untuk aku sendiri tak ada ke? daripada bisikan bisikan syaiton tu la aku dengan jayanya shopping minggu ni. Cuma satulah aku nak puji kat diri sendiri ni. Aku pandai manage duit aku. kalau kat tangan aku ada 3k aku beli barang 3 ratus je. haa nampak berhemah tak aku berhemah kan? =-=' ( pujilah aku please)


so aku tak adalah shopping banyak mana pun ada 2 helai baju 1 helai tudung je. kadang kadang orang rasa macam eh eh ko ni poyo la beli sikit je itupun nak tunjuk nak berlagak la tu. pot pet pot pet mulut si minah senget mata juling memfitnah diri ini sebagai insan yang lemah tetapi cool aku selalu ignore je sindiran halus sebegitu rupa. Lagipun bukanlah satu dosa bila kita buat benda yang kita suka. Tak salah disisi agama pun. hehehe. 



anyway tudung aku beli dari tudung people, baju pula dua helai satu dari house of Allure dan satu lagi dari Dolce Amera. Nak tengok gambar? tengok je bawah ni okey?



yang pattern kat atas ni dari House Of Allure




Yang ini pulak daripada Dolce Amera


Yang Ni Hasil Tangkapan aku Sendiri. Sorry Terblur Nak cepat tadi Snap terus Simpan Dalam Almari. Baru Je Sampai Petang Tadi. 









Yang ni tak lain tak Bukan dari TudungPeople.cantik ke tidak?
cantikkan?kalau nak beli dari tp ni tak payah whatsapp beli dari website je senang. sign up dulu dekat shop.tudungpeople.com



Aku sebenarnya sajalah nak menyeru korang semua supaya support bussines our local people dan bangsa kita.Melayu dengan melayu jangan tanam dengki. kalau nak tanam tanam lah betik ke, ciku ke, takpun durian. berbuah esok boleh makan. Kalau tanam dengki ni penangan dia dasyat dari jatuh cinta. makan tak kenyang mandi tak basah. Gitu. Aku tengok ramai dah melayu start berniaga bagus.. tapi sekarang ni more to fashionlah yang aku dapat tengok. Sebab tu la aku saja membantu meningkat ekonomi diorang . kukuh tak alasan aku ? kukuh kan? lagipun kalau beli dari vendor ni harga lebih murah cuma korang kena pandai pilih instashop dan vendor sesuai la untuk membeli belah.Good Luck untuk kita semua!


till then, bye bye aku nak makan kek harijadi mama aku kejap. Happy Birthday Mama! :D 


April 5, 2015

tips mix and match, bergaya tetapi jimat! (harus baca)


how to maximize our collection without buying unnecessary closet?


topik harini adalah untuk membantu mereka yang suka shopping dalam tight budget . Penampilan kita kenalah sentiasa dijaga untuk mendapatkan first impression yang baik. Baju yang mahal bukanlah satu kemestian. melainkan korang memang anak orang kaya, duit tak tahu nak guna untuk apa then tak perlu baca entry ni. hahaha . aku terdiri dalam golongan kelas pertengahan dan baru je berjinak jinak mengumpul koleksi baju yang cantik tapi jimat.

antara tips untuk memaksimakan penggunaan sesetiap baju adalah 

1) invest on a good jacket/cardigan 

cardigan dan jacket antara spesis baju yang tak lapuk dihujan tak lekang dek panas. tak kiralah long cardi ke, jacket kulit, jeans, mahupun cotton jaket adalah sejenis pakaian yang kita boleh pakai  dengan cara mix and match .
macam macam gaya, dan cara. sekarang pun banyak dah jual jaket macam ni senang je nak cari.

ini example  jaket yang korang boleh beli. nampak nice kan? seluar macam neelofa pakai sekarang pun banyak instashop jual . cantik cantik harga tak mahal dan berkualiti. 


2)blouse polos (tidak bercorak dan kosong)
blouse jenis polos ni kalau boleh cari good material. sebab kalau korang beli yang material pasar malam ni susah nak tahan lama. jangan cari yang jenis cepat berkedut. Kalau dulu memang susah nak cari sekarang dah senang. 
boleh pakai ke kelas, ke tempat kerja. jalan jalan. ikut suka hati korang la. 
kalau boleh belilah warna hitam,putih dan merah. warna warna macam ni senang nak match dengan macam macam jenis tudung dan shawl.


3)seluar jeans
ini adalah trend yang tak luput dek peredaran masa jugak. kalau nakkan kelaianan boleh pergi cari acidwash jeans . corak dia pun cantik harga tak mahal. kalau beli seluar dekat levis pun sehelai seluar dah rm200 macam tu. bayangkan dengan kualiti seperti levis korang dapat sehelai seluar acidwash dalam range harga dari rm 40 ke rm80 ! murahkan. aku baru je jumpa dekat instagram orang jual untuk saiz kecik ada rm 40 yang saiz besar rm50 pun ada! haa jimat ke tidak??? sesiapa yang tak tahu macam mana rupa acidwash jeans tu boleh rujuk gambar dibawah

this is obviously not me. ini adalah a good example jugak cara nak pakai acidwash jeans ni. korang boleh tuck in baju atau tak. terpulang . kalau aku mungkin aku tak tuck in kot

4)shawl
sekarang ni belambak orang jual borong shawl  macam macam corak. korang tinggal pilih je. murah senang bentuk takpayah iron ada, ada yang kena iron sikit sikit je. rm140 sekodi pun ada . sekodi = 20 pieces. jimat tu!  kalau nak shawl jenis satin atau bawal satin  ig shop pun ada jual bersepah sepah.

ini adalah salah satu contoh branding yang berkualiti . nama brand ni tudungpeople. sila beli sebab memang kualiti dijamin.






5)Bag
pakai je apa yang ada.. haha ni simple je tips aku bagi.
kalau tak tahu nak beli mana bonita banyak yang murah murah. takpun charles and keith. biasa harga bag aku dalam rm80-rm150 adalah sekali tu aku beli sendiri harga rm300. kalau korang banyak duit try la beli lv tu.aku tengok cantik gak. tapi sekarang ni aku tengah taip entry pasal jimat duit so no lv, no lv! :D


cantik kan lv ni? haha one day cukup duit bolehlah beli. oh ya sekarang ni kan musim gst. kalau tak nak kena cas mahal mahal korang beli je dekat ig ada beberapa trusted personal shopper confirm ori dan murah. che ta pun rajin shopping online tau bag chanel lagi you! :D
6)kasut 
again. igshop menawarkan harga semurah murahnya.. antaranya misslillyshop. pergi terjah ig dia sekarang . biasa kalau flat aku beli kat mall je. kalau nak beli sneakers,boots,dr marten inspired,wedges korang belilah online. biasa kalau kat butik ni memang berkualiti sikit.


7)accesories
this is optional. korang boleh pilih nak beli atau tak. kalau nak beli silakan. and bagi aku lagi seronok kalau beli accesories yang nampak depan mata. no! not a fake pandora belilah yang original yet classy macam lovisa. so far my fav from lovisa was red jade. aku tak tahu nama sebenar dia apa tapi dia macam batu jade and warna dia merah.




EXTRA TIPS 
kalau taknak rasa beban sangat , korang trylah beli 2,3 pasang sebulan . lama lama jadilah banyak. Jangan lupa basuh tu asingkan la baju putih tu dari baju bewarna. kalau tak kelam la baju tu bersama sama dengan dengan duit itu tadi. rugii je beli mahal mahal tapi tak reti jaga betul tak?Banyak sebenarnya  benda benda yang boleh maximizekan closet korang. mix and match adalah wajib ye.  contohnya, pakai kemeja boyfriend bewarna merah bersama,graphic tee, shawl plain bewarna hitam dan skirts hitam. itupun dah nampak gojes maut tau. ingat yang penting kreativiti. kalau boleh janganlah melampau sangat. paling penting kalau baju dah bercorak skirts janganlah bercorak jugak. tak match. 


korang boleh rujuk instagram artis artis macam neelofa ni okay? selamat mencuba ! 









April 3, 2015

Pengalaman membeli dari Goshop 2




assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D



ini barang yang aku order haritu

inilah dia magic saw set tersebut. Bila sampai memang rasa eh eh keciknya gergaji ni.
tapi benda ni flexible tau. boleh potong kaca,paip pvc. bukan kayu je dia boleh potong . siap boleh buat corak corak lagi. 



and inilah dia set frying pan yang atuk aku berkenan sangat tu. tunggu jelah barang ni sampai next week inshallah.katanya  frying pan ni special sebab jenis tak melekat and boleh bantai ko nak masak nasik ke,nak masak telur ke. pokoknya,  you can use it in any way possible. nak tahu lebih lanjut bolehlah tengok video ni




macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang .
bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D


P/s: ini bukan entry berbayar sekian. hahaha :D


latest updated 5/4/2015

barang baru sampai pukul 1.30 petang tadi.


aku tak tahu nak snap angle mana kasi menarik  tapi ini lah dia rupanya .
highly suggested! guys jangan tunggu lagi. kalau nak beli cepat! 

muah ciked


besar kotaknya tapi tak berat sangat! thanks gdex and goshop! fast service!

semua non stick tau. boleh la nak goreng apa apa pun.. :D








bakat paparazzi terpendam


hanie version short hair. nampak macam 19 kan?



aku rasa kalau nak buatkan list memang ramai manusia yang aku admire di dunia ini. bukan sebab cantik je tapi sebab diorang punya personaliti. so manusia yang aku admire kali ini ialah hanie hidayah. ini bukan girls crush anggap je macam fan girl .  hanie hidayah ni mungkin tak ramai yang kenal tapi bagi sesiapa yang layan mad market mesti kenal punya si cantik ni. sepanjang aku tengok mad market ni tak pernah terfikir nak stalk dia ke apa, cuma bila season 3 dah habis barulah aku beria beria nak cari siapa sebenarnya hanie hidayah ni. Oh rupanya dia ialah seorang fashion blogger dan model sambilan! kalau tengok  dia aku mati mati ingat dia sebaya EL. tapi cuba teka umur dia berapa? she is actually 27 this year! 3 tahun lebih tua dari aku. macam tak percaya. Muka mudanyaa!!! and dia ni dah khawin dah pun. Lagilah macam terkejut macam tu, rasa nak je jumpa si hanie ni mintak petua awet muda. Hahaha ;D


ini bukan gambar kat modelmayhem tu, yang tu  aku tak dapat copy. but i think this is long hair version of hanie .
cantik kan dia? she remind me of my hairstyle in college. her fringe is quite similar with mine only she have a slimmer cheek. :D


mana aku dapat information ni? aku tanya sendiri ke apa? nope. aku search la. google kan ada. so aku jumpa satu profile dekat modelmayhem. Aku nampak gambar dia versi rambut panjang. Hahaha nampak tak bakat papparazzi terpendam aku? actually aku ni seorang paparazzi yang baik. hanie if you read this i am so sorry. i just kagum je. gila muka u macam budak budak 19 tahun kot. kalau orang cakap u 25 pun i susah nak percaya. :D.



anyway age is just a number kan? tengok macam sorang tu alah yang sorang tu (rujuk diri sendiri) umur 24 tapi pergi mana mana orang semua panggil kakak. apa muka aku nampak tua sangat ke?*sambil asah kapak*





bagi sesiapa yang nak baca blog dia boleh klik sini 


mind you her blog is resourceful. dah baca sana jangan lupa baca sini plak.
And dia jugak ada travel journal/ website. nak baca? boleh pergi whatevertherewas.com




P/s: till next entry 






Result Level D dah keluar !!!