April 27, 2015

Jalan jalan dan Hujung Minggu Penuh Semangat

Hari sabtu dan ahad lepas aku telah menghabiskan masa menatap setia city mall kesayangan hati. Aku memang spesis clingy , kalau dah suka satu tempat tu ku akan datang situ tanpa jemu, Mungkin atas faktor kebersihan mall dan kejuruteraan tandas bak kata kata amran fans, yang menarik aku untuk datang ke situ. iolzz tak suka spesis tandas klcc, pavilliion dengan sunway pyramid. Rasa macam azab gila guna tandas macam tu. sebenarnya aku datang sana atas ebab aku nak menonton age of ultron dan ada seminar pada ahad 26 april 2015 iaitu semalam dekat sacc sebelah dengan setia city mall tu. 
ini kejadian waktu hari sabtu dimana sebelum menonton age of ultron, aku jalan jalan depan booth tu
eh eh ada puding strawbery dalam botol. katakan siapa yang tidak terpikat? hahaha

tengah jalan jalan dia ajak pergi booth ni. ajaib tak bila seorang lelaki yang berhenti di booth jual tudung ?
dia kata, dia teringin nak tengok aku pakai bawal satin macam mia ahmad tu pakai.
so orang nak bayar ko tak payah la brlagak suci , ambik saja. rezeki jangan ditolak. so aku ambik 2 helai, satu
warna gold satin, satu bawal cotton crepe purple :D

"terima kasih daun keladi"
lain kali offer la lagi "
hahahaha



Yang buku belakang tu dapat percuma, yang depan ni aku beli rm25 je ;D
seminar yang aku pergi tu adalah anjuran richworks , mentor dia seperti semua tahu ialah dr azizan sendiri dan ada guest artis iaitu afdlin shauki,.sebelum ni aku banyak kali dengar yang dr azizan bagus tapi tak pernah tergerak hatitu nak pergi, satu hari aku nampak dekat facebook ada orang like page dia. eh eh dia ada buat seminar dekat 8 lokasi! aku pun pergi website dia dan tengok tarikh dah berapa jumlah bayaran dia. biasa kalau kita pergi seminar ni  ada yang sampai beratus tapi lepastu nanti dia keluarkan slideshow tak habis habis tapi seminar ni tak. aku pun "gamble" la. okay takpe aku try pergi dulu mana tahu okay? bayaran dia rm50 seorang. kalau korang pergi bertiga kena bayar rm30. aku buat bayaran 2 minggu sebelum pergi. lepas bayaran akan dapat sms confirmation. sms tu yang korang kena tunjuk di hari seminar untuk masuk. Dengan bayaran rm50, korang dapat ilmu , sebuah buku bernilai rm45.90 dan air mineral. bagi aku seminar ni berbaloi . sangat sangat berbaloi. 
afdlin shauki pun berkongsi tentang bussines dia , yang dia setup setelah berjumpa dr azizan. dia bermula dari zero untuk syarikat dan bussines itu. baru semalam aku tahu bahawa dia pengasas pelikat pants yang orang dok tiru sekarang ni. 


aku bercadang nak ikut imkk(intesif magnet kekayaan dan kejayaan) satu lagi kursus yang lebih gempak bimbingan dr azizan. bulan mei akan diadakan di cheras selama 4 hari 3 malam. makan minum tanggung sendiri tempat tinggal not sure tapi aku rasa mungkin disediakan. korang boleh tengok dia website dia sendiri okay? kalau banyak duit boleh lah ambik hot seat iaitu super supreme (seat depan). tapi tak tahu sempat ke tak nak join super supreme. kalau tak dapat bulan depan atleast tahun ni target aku nak join imkk super supreme. mudah mudahan ada lagi. amin.


Waktu seminar tu dia tayangkan sebahagian anak murid dia yang berjaya yang kaut untung juta juta setahun a. ada yang 10 juta setahun ada yang 1 juta sebulan. mungkin sebab semangat diorang yang berkobar kobar dan ilmu yang betul buat diorang berjaya macam tu. 


banyak jutawan muda rupanya sekarang. antaranya founder mood republic yang turut hadir semalam, kemudian ida hassan, pemilik anis moist cake , dan ramai lagi. serious korang akan terkesima eh eh bestnya kalau dapat macam ni.!


semoga orang atas ni juga jadi jutawan muda amin, Hahaha verangan pula kita. eh berangan takpe
janji usaha kena ada :* 

aku tertarik dengan kata kata dari dr azizan 

"untuk menang, tiada siapa perlu kalah "

P/S: Okay nak baca buku belum habis lagi ni.

No comments: