October 12, 2012

Aset kita dah cukup?


 
tadi aku bosan-bosan aku bukak youtube saja cari bahan sebab aku nak belajar bahasa inggeris nak perbetulkan grammar aku, tapi tiba-tiba lain link yang aku tekan lain yang keluar, biasa terjadikan ?  di redirect ke tempat lain. aku terbuka video atas ni mula-mula aku ingat ni video biasa, ada tulisan-tulisan beritahu tanda kematian ,bila aku tengok eh movie rupanya jadi aku layan. korang dah tengok kalau dah tengok boleh tengok sekejap je bukan lama pun cerita ni
 
 
 
mati itu pasti tak kira kita muda atau tua, kita tak tahu bila kita mati, banyak part dalam cerita ni buat aku terfikir berapa banyak agaknya dosa aku kan? dosa dengan mama abah, dengan kawan-kawan dan yang paling aku takut dosa dengan ALLAH :'). ni kisah keluarga kaya dan keluarga miskin  dua dua diuji, yang pertama diuji dengan kekayaan melimpah ruah yang kedua diuji dengan kemiskinan tapi apa yang aku nampak watak miskin dalam cerita ni tak nampak miskin pun sebab apa ? sebab dia tak mengeluh dia bersyukur apa adanya, sentiasa tersenyum dan berani pulak tu nasihatkan majikan dia si kaya yang lupa diri.
kalaulah kita jadi si miskin itu agak-agak kita berani tak nasihatkan majikan kita macam dia? mesti kita tak buatkan  sebab takut kena pecat dah sah sah kita diam dan ikutkan saja bos kita tu.
 
 
 
setiap kali  aku tengok gambar bumi, aku akan jadi gerun dan takut aku tak tahu kenapa memang dari dulu aku macam ni
 
lepas tengok video aku jadi termenung kejap rasa sebak tiba-tiba.
aku kena mengaku satu benda aku baru belajar pakai tudung sepenuhnya. ya aku baru saja berjinak-jinak nak sentiasa bertudung ketika keluar rumah , dalam beberapa bulan aku duduk dirumah ni banyak dah mengubah aku (ni bukan cubaan memuji diri) gambar-gambar aku di post -post lama pun aku dah padam . dan sebab itu jugaklah aku jarang letak gambar di blog ni, dan boleh kata gambar aku bertudung boleh dikira dengan jari aku ni jenis jarang keluar rumah sebab aku rasa tak perlu keluar kalau tak ada benda nak dibuat, masa zaman belajar di kuantan je aku rajin keluar tu pun sebab aku lapar dan nak makan (aku memang cerewet bab makan kotor sikit aku taknak) selalu kawan aku salah anggap ingat aku dating, mereka fikir aku hari-hari dating sedangkan aku dengan boyfriend aku keluar makan je lepas tu balik nak buat macam mana orang tak bertudung macam aku (ketika dulu) yang selalu keluar dengan boyfriend di label budak tak baik sebelum mereka kenal aku aku kena label bukan-bukan  sedangkan aku bukan taknak bergaul dengan mereka -mereka tu tapi aku ni pemalu sikit (di dunia luar) , aku kenal bf aku dari sekolah menengah jadi itulah salah satu faktor aku rapat dengan dia bukan setakat bf dia jugak bestfriend aku sebenarnya.
 
jadi semenjak aku habis belajar , aku nekad nak berubah sebab aku nak orang pandang aku dengan pandangan yang baik bukan memalit aku dengan pandangan tak baik, sebab bukan aku saja dapat nama busuk mak  ayah aku jugak nanti aku taknaklah sebab aku mak ayah aku dikutuk orang . eh tapi jangan salah sangka tau, faktor utama aku terasa nak berubah ni kerana ALLAH sebab berubah kerana manusia takkan kekal lama perubahan itu  (aku tahu tu). 
 
semoga iblis dan syaitan resigned dari menggoda aku . jangan gelak . ini  adalah secebis harapan dari aku, walaupun aku tahu iblis dan syaitan takkan resigned menggoda anak cucu adam sehingga ke liang lahat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: semoga kita semua selamat dari seksaan neraka.
 
 
 
 
 

6 comments:

Wahidah BME said...

Semoga berjaya una. Aku gembira dgn perubahan kau :)

Unamn said...

amin2 doa doakan tau

Wahidah BME said...

InsyaAllah una :)

shar90 said...

gudluck dgn prubahan yg baik... hee

Unamn said...

@wahidah.. amin amin

Unamn said...

@shar.. terima kasihh doakan :)