November 23, 2011

fakta-fakta pelik lagi memelikkan (ini menarik jom baca)

selamat pagi korang,harini hari rabu, so entry harini bukan wordless wednesday
entry harini pasal fakta fakta pelik yang semakin kita lupakan
ataupun yang tak pernah korang tahu.





fakta 1
frenchman michel  lotito yang lahir pada 15 jun 1950 mempunyai diet paling luar biasa bak hang. dia makan besi dan kaca sejak umur beliau 9 tahun. terrer tak ? terrer kan? *ini bukan bohong ini kejadian yang benar benar belaku*
antara barang -barang  menjadi makanannya adalah televisyen,basikal ,lampu ,pisau cukur,peluru,skru dan bebola besi dan apa sahaja yang dibuat daripada besi. untuk menghadamkan sistem penghadaman dia terpaksa minum minyak pelincir. erk..

fakta 2
masyarakat mesir purba percaya bawang merah boleh memberikan tenaga  dan kuasa yang luar biasa  kepada seseorang . sebab itulah buruh buruh yang membina  piramid diberi makan bawang setiap hari. oii kalau macam tu tak adalah iklan kopi jantan ke eah? jadi kopi bawang pulak.. *ehbolehke?

fakta 3
lelaki boleh mengelakkan risiko serangan jantung atau strok dengan mengadakan hubungan seks tiga atau empat kali seminggu.aktiviti itu sama dengan bermain skuasy dan merentas desa.jika selalu dilakukan  ia boleh memperbaiki sistem pernafasan dan badan akan mengeluarkan peluh berlebihan. *amaran keras: jangan memandai-mandai meniru aksi ini selagi anda belum berkhawin, orang yang dah khawin pun di larang berbuat demikian dengan isteri orang lain*

fakta 4

VIRUS HIV  telah menyerang manusia sejak kurun ke 17 berdasarkan penemuan virus yang serupa pada cimpanzi oleh penyelidik belgium.ia disebarkan daripada haiwan ini kepada manusia melalui pemburuan .*oleh itu salahkan pemburu terbabit ,siapa suurh berburu! *tetiba emo*


 kenyataan
semua fakta diatas telah ku ambil daripada majalah mastika, nak kata 100% tepat tidaklah , tapi kemungkinan tepat tu ada =) una takkan cedok berita internet sesuka hati dan pap terus kat blog ni, kewarasan akal fikiran amat diperlukan disini =)


blogger pilihan hari ini =)
nurull
akmalaisya
echa
p/s: sambil berbelog tu apeke salahnye teman berkongsi maklumat ye dok? =P

2 comments:

Qib said...

heee.. qib pun ske bace menda3 dr mastika nii

Unamn said...

hehehe una pun suke tapi mastika sekarang tak best.. =-='ni mastika tahun2001 punya