Skip to main content

kereta apa idaman hati anda?

hai selamat petang, korang dah lunch belum?
yang belum tu bawak-bawaklah lunch dulu, sebelum nak day dreaming
sekarang umur una 20, tahun depan nak masuk 21 dah pun
bila umur umur macam ni  dah rasa la nak berdikari ye dak?




rasa nak beli rumah sendiri la kereta sendiri la,una pun sekarang dah pandai tergedik gedik mencari kereta idaman hati, impian hati bukan main tinggi
padahal kerja pun tidak lagi . ahaaiiii  tak pe lepas ni kerja boleh la una pakai kereta idaman una tu, siang malam termimpi mimpi tau.sampai nampak kelisa pun boleh confused ni vios ke kelisa ? (*padahal kau yang tak tahu jenis kereta *)
kalau nak diikutkan sebenarnya una lebih menggilai BMW, tapi mula-mula kerja biarlah realistik sikit, takkan mula mula kerja pakai BMW.


so kereta apa yang una nak pakai ?????????????


TOYOTA VIOS

setiap kali ternampak kereta ni, una mesti terasa nak histeria arghhhh kereta aku ! kereta aku! siap buat meraung lagi macam kena tinggal laki.
tapi setiap kali tu jugak mulut una kena tekup dengan boipren malu katanya
hahaha nasib kaulah dapat gilpren overacting macam aku.


kadang-kadang tu, kalau pergi mall nampak vios parking kat tepi siap betul2 rambut kat side mirror kereta tu, motif? nak bagi orang nampak konon konon tu kereta una,pernah sekali syok2 betulkan  rambut  kat cermin kereta baru perasan dalam kereta tu ade orang, orng tu siap turunkan mirror dia,

ITU AMAT MEMALUKAN! 
tanpa rasa bersalah una cepat-cepat blah dari situ, kemudian masuk toilet memaki maki diri sendiri, satu hari suntuk kena gelak dengan boiprend ,cis lagi!

so ape yang best sangat dengan vios ni?
vios ni affordable la jugak tak lah mahal sangat harga tak sampai 100K lagi,
selain itu reka bentuk yang menarik ,selesa , macam mana una tahu? sebab pernah try duduk kat tempat pemandu ,angle cermin dia pun sesuai dengan una, that's why una menggilai vios,

oleh kerana una masih belum kerja maka una tak boleh nak ambil vios lagi, tahun depan baru una decide nak beli ke tak, april tahun depan baru habis diploma, tak perlulah beli awal awal , bak kata orang ukur baju di badan sendiri
tapi kata una "ukur duit di bank sendiri"

kalau dah tahu tak mampu jangan gatal gatal beli,

by the way, kalau korang, kereta apa pula jadi impian ? jom la share kat sini :)


5 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…